Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Senarai Tempat Yang Mempunyai Masalah Bekalan Air Di Kawasan Selangor Dan Kuala Lumpur

Kerajaan Selangor akan memulakan program pencatuan air di seluruh kawasan di negeri ini mulai esok. Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim , mulai esok setiap pemegang meter air akan menerima air secara berjadual, iaitu dua hari rumah itu akan dapat, lepas tu dua hari kemudian tidak dapat bekalan air dan begitulah seterusnya secara bergilir-gilir. Pencatuan air ini akan berterusan sehingga air di empangan negeri ini berada dalam keadaan seperti sedia kala.

Cuaca Kering Dan Ketiadaan Hujan

Sejumlah 83,084 pintu rumah di beberapa  kawasan di sekitar Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Lumpur dan Petaling Jaya juga mengalami terputus bekalan air dan tekanan rendah sejak kebelakangan ini disebabkan pertambahan permintaan air yang mendadak ekoran dari cuaca panas kering dan ketiadaan hujan yang berlarutan.

Senarai kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT
1.  Bandar Tun Hussien Onn
2.  Saujana Impian

 JUMLAH PINTU RUMAH: 8,378

WILAYAH KUALA LANGAT
1.   Batu 7 ijangkang
2.   Batu 8 Sijangkang
3.   Batu 9 Sijangkang
4.   Batu 9 Kg Medan
5.   Batu 9 Kebun Bharu
6.   Taman Desa Sijangkang
7.   Taman Rivera Perdana
8.   Taman Permai Sijangkang
9.   Taman Sijangkang Indah
10. Taman Medan Indah
11. Taman Perwira
12. Taman Sijangkang Jaya
13. Taman Seri Medan

JUMLAH PINTU RUMAH: 7,351

WILAYAH KUALA LUMPUR
1.   Angsana Hilir
2.   Ampang Hilir
3.   Taman Pertama
4.   Taman Bukit Pandan
5.   Kg Pandan Luar
6.   Kg Pandan Dalam
7.   Taman Koperasi Polis
8.   Taman Desa Baiduri
9.   Bandar Damai Perdana
10. Taman Damai Perdana
11. Taman Desa Cahaya
12. Taman Sri Bahagia
13. Taman Bukit Anggerik
14. Taman SPPK Bkt Cheras
15. Taman Orkid Desa
16. Taman Segar
17. Taman Billion
18. Taman Supreme
19. Taman Cheras
20. Taman Cheras Utama
21. Taman Cheras Hartamas
22. Taman Bkt Segar Jaya
23. Bandar Baru Segar Utama
24. Taman Damai Indah
25. Taman Minang Ria
26. Taman Bukit Angsana
27. Taman Suria Jaya
28. Taman Len Seng
29. Taman Desa Cheras
30. Taman Alam Damai
31. Taman Maluri
32. Taman Bukit Segar
33. Taman Bukit Segar Masera
34. Taman Tayton View
35. Taman Connaught
36. Pandan Prima
37. Taman Tenaga
38. Taman Ikan Emas
39. Sebahagian Bandar Tun Razak
40. Taman Midah
41. Taman Desa Aman
42. Taman Rajawali
43. Taman Cheras Makmur
44. Kg. Cheras Baru,  Bukit A & B
45. Sebahagian Kawasan Damansara:

JUMLAH PINTU RUMAH: 55,826

WILAYAH HULU PETALING
1.   Puchong Jaya
2.   Pusat Bandar Puchong
3.   Taman Wawasan
4.   Kawasan Perindustrian Bandar Puchong
5.   Taman Bukit Kuchai

JUMLAH PINTU RUMAH: 11,529

Pencemaran Ammonia Di Sungai Langat
Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, sejumlah 27,003 pintu rumah di bebeberapa kawasan di Hulu Langat dan Kuala Langat masih mengalami terputus bekalan air kerana Loji Rawatan Air (LRA) Cheras Batu 11 dan LRA Bukit Tampoi masih ditutup semenjak 28 Januari 2014 yang lalu disebabkan pencemaran kandungan ammonia yang tinggi di Sungai Langat.
Senarai kawasan yang masih terputus bekalan disebabkan penutupan kedua-dua loji rawatan air tersebut adalah seperti berikut:-

WILAYAH HULU LANGAT
1.   Taman Setia, Balakong
2.   Desa Karun Mas
3.   Taman Cheras Jaya
4.   Taman Bukit Emas
5.   Taman Impian Indah
6.   Taman Sejati
7.   Taman Bukit Sungai Long
8.   Taman Taming Indah
9.   Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
10. Taman Sri Indah
11. Taman Impian Ehsan
12. Taman Suria
13. Taman Kasturi
14.  Kampung Baru Balakong
15. Taman Seri Sungai Long
16.  Taman Seri Kenangan
17. Batu 11, Jalan Cheras
18. Taman Balakong Jaya

 JUMLAH PINTU RUMAH: 18,430

WILAYAH KUALA LANGAT 
1.   Kampung Olak Lempit
2.   Kampung Bukit Changgang
3.   Kampung Labohan Dagang
4.   Taman Changgang Jaya
5.   Kompleks Perabut  Olak Lempit
6.   Rtb Bukit Changgang
7.   Bandar Seri Ehsan
8.   Bandar Mahkota
9.   Bandar Sungai Emas
10. Taman Arked
11. Taman Sri Dagang
12. Taman Ambar
13. Taman Langat Murni
14. Taman Langat Utama
15. Taman Murnimas
16. Taman Sri
17. Taman Sri Chedin
18. Sekolah Tamil Sungai Sedu
19. Selangor Dredging

 JUMLAH PINTU RUMAH: 8,573




sumber asal:networkmelayu.blogspot.com
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info