Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Luahan Anak Perempuan Apabila Ibunya Berkahwin Dengan Bapa Tiri

gambar hiasan
Saya gadis berusia 16 tahun dan mempunyai dua adik tiri. Ibu mengahwini duda anak dua dan saya tinggal bersama mereka sejak empat tahun lalu. Bapa tiri saya baik, namun adik tiri melayan saya dengan buruk.Mereka tidak menyukai ibu saya kerana berasa kami menghalang hasrat ibu mereka dan ayah berbaik, sedangkan ibu mereka lebih dulu berkahwin lain dan meninggalkan mereka kepada bapa tiri.

Kini ibu mereka bercerai dan ingin kembali ke pangkuan bapa tiri. Namun, bapa tiri tawar hati dan mengatakan dia sayangkan ibu saya.Ibu pula tidak kisah andainya bapa tiri ingin berkahwin semula dengan bekas isteri asalkan dia adil.

Namun, berlainan pula penerimaan adik tiri. Mereka seolah-olah sengaja mendera hati ibu dengan pelbagai kutukan bagi mewujudkan ketegangan di antara ibu dan bapa tiri. Saya tertekan dengan masalah keluarga yang rumit ini.


NIA
Subang Jaya, Selangor




Simpati Dang Setia dengan masalah saudari yang tertekan dengan sikap adik tiri. Disebabkan ingin bapa tiri kembali ke pangkuan ibu mereka, saudari serta ibu dipersalahkan.Sedangkan jelas ibu saudari terima dan memberi kebebasan kepada bapa tiri untuk membuat keputusan.

Dalam aspek ini, seharusnya kedua-dua adik tiri bersikap lebih terbuka dan tidak mengambil jalan pintas dengan mengenakan tekanan kepada ibu dan saudari.Saudari perlu kongsi rasa tidak puas hati itu dengan ibu. Jangan berdiam diri kerana ia hanya memburukkan keadaan, sebaliknya gunakan cara diplomasi mahupun berbincang supaya tidak mengeruhkan keadaan.

Ibarat menarik rambut dalam tepung, konflik perlu ditangani dengan berhati-hati kerana sikap adik tiri yang nyata tidak senang kehadiran saudari dan ibu menjadi ahli keluarga mereka.Justeru, saudari perlu mengambil pendekatan berbaik dan berusaha mengambil hati mereka.-hmetro
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info