Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Cara Samak Kenderaan Jika Terlanggar Anjing Atau Babi


Salam ustaz ..

Saya nak tumpang tanya, semasa ondaway balik dari kerja, saya terlanggar seekor anjing. Apa yang perlu saya lakukan. Perlukah saya membasuh tayar motosikal dengan menggunakan air tanah ataupun hanya menggunakan air paip sahaja..

Jawapan

Anjing termasuk dalam bahagian najis paling berat atau dinamakan sebagai najis muqallazah. Ada dua kategori dalam najis ini iaitu apa-apa yang datang dari anjing atau babi, maka ia dikira sebagai najis muqallazah. Najis ini hendaklah disucikan dengan cara yang telah ditetapkan Islam seperti mana perbahasannya yang terdapat pada kitab-kitab fiqh dalam bab menyucikan najis.

Cara menyucikan najis ini ialah dengan menghilangkan dahulu najis yang datang daripada anjing atau babi, kemudian dibasuh 1 kali dengan air yang bercampur dengan tanah yang suci. Seterusnya diakhiri dengan 6 kali air mutlak sehingga diyakini suci seperti hilang bau, rasa dan warnanya. Boleh ditambahkan lagi basuhan air mutlak apabila di dapati masih ada kesan-kesan najis. Tindakan ini berdasarkan sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud :

“Apabila bekas kamu dijilat oleh anjing, hendaklah kamu membasuhnya tujuh kali; kali pertama dengan tanah” (Riwayat Imam Muslim)

Dalam masalah tuan yang bertanya, bahagian motosikal yang terlanggar anjing itu hendaklah disucikan dengan kaedah yang telah ditetapkan iaitu 1 kali dengan air yang bercampur dengan tanah dan 6 kali air mutlak sehingga diyakini suci dengan hilangnya bau, rasa dan warnanya. Namun masih ragu-ragu atau was-was terhadap kesan najis itu, maka tambahkan lagi bilangan air mutlak sampai hilangnya rasa was-was di atas kesan najis tersebut.




sumber : http://www.ustaznoramin.com
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info