Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Bahaya Produk Collagen Plus Vitamin E Yang Anda Perlu Tahu

Bismillahiramanirahim....mula-mula sekali aku nak mintak maaf kepada perniaga produk Collagen Plus Vitamin E, entry aku ni bukan nak tutup periuk nasi orang cuma nak berkongsi apa aku dan family aku lalui selepas memakai produk ini dulu. Tolong baca sampai habis sebelum membuat tohmahan yang melulu.

Serious, aku agak takut untuk berkongsi..tapi disebabkan aku sangat kasihan kepada kawan aku yang lain, yang sedang rancak menggunakan produk ni. Putih gebu kata mereka, itu memang aku tak dapat nak sangkal. Secara jujurnya, aku dan orang terdekat dengan aku pun  pernah menggunakan dan MENJUAL produk ini dulu, tapi tidak lagi sekarang setelah tahu bahayanya produk ini.



Ceritanya bermula bila seseorang yang aku kenal memakai  produk ini, mukanya jadi sangat cantik, putih dan gebu. Memang kalau orang lain tengok, konfem cair. Aku yang suka tukar produk ni pun turuk terjebak dengan produk ni. Tapi, apa yang peliknya muka aku tak sesuai dengan produk ni sama dengan produk 99 tu. Padahal sebelum ni aku tukar-tukar produk Malaysia punya okay aje, tapi bila pakai produk ni muka aku gatal-gatal dan merah.

Orang-orang yang terdekat dengan aku aku pakai semuanya menjadik. Mereka semua jadi putih gebu dan kulit muka diorang sangat cantik. Ada salah seorang darinya pengguna tegar produk ni, malam siang duk sapu kat mukanya..huhu. Tiba-tiba, satu hari..seseorang tu kol aku..dia cakap cakap kulit muka dia ada tompok-tompok putih seperti panau. Sapu-sapu ubat panau tak hilang jugak. Pergi hospital, doktor cakap dia mengalami masalah kulit!!

Dia terpaksa memakai ubat yang bernilai RM300 sebulan untuk menghilangkan tompok-tompok putih tu. Alhamdullilah, muka dia kembali okay selepas itu. Dan kami tak memakai lagi produk  Collagen Plus Vitamin E ni. Apa yang kelakar kulit muka dia jadi gelap balik..pelik kan?? tak pakai, terus jadi gelap balik.

Ya aku faham, lepas baca ni mesti ada yang cakap "eh aku pakai okay je, putih gebu siap repeat order lagi"..ya aku faham sebab seseorang yang rapat dengan aku dulu pun camtu. Tapi sekarang baru kami tahu rupanya produk tu mempunyai merkuri. Ada jugak yang cakap "saya ada cek guna emas, tenggelamkan emas dalam krim ni..tak luntur pun emasnya..bermakna produk ni tak ada merkuri"...haa mesti adanya yang cakap camni...nak tahu tak cara cek kandungan yang paling betol?? sila pergi cek kat ALS Laboratory Group (Analytical Chemistry & Testing Services ). Biar saintis yang cek!!! produk apa-apa pun diorang boleh cek..dan tengok sendiri apa jawapannya.

Sebenarnya produk bermerkuri ni sangat bahaya, boleh buat kanser kulit, sakit buah pinggang, mandul dan macam-macam lagi. Produk ni sebenarnya pun dah diharamkan kat Indonesia, sebab merkurinya yang tinggi..bukan tu je, produk Tabita pun dah lama tak dijual kat sana..tapi yang sedihnya di Malaysia masih ada orang yang menjualnya.


Aku faham..produk ni murah dan berkesan. Tapi ingatlah, sampai bila kesanya tu?? kalau tak percaya...silalah pakai, dan bila kulit korang ada masalah nanti or banyak penyakit yang datang..jangan salahkan sesiapa. Bila dah ada yang bagitau, cubalah menerima..jangan fikir orang nak tutup periuk sesiapa aje. Buat perniaga pula, dah tahu benda ni bahaya..tapi tetap menjualnya sebab nak abiskan stok itu terpulang, tapi diakhirat nanti mahu jawab sendirilah ya!!!

sumber
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info