Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Coklat Dicampur Dengan Darah Haid Untuk Diberikan Kepada Teman Lelaki

www.beritahariann.blogspot.com
Di Jepun, Hari Valentine adalah masa di mana para gadis menghadiahkan cokelat kepada lelaki yang mereka sukai, dikenali sebagai “honmei choco” atau “cokelat luahan perasaan”.Biasanya cokelat ini dibuat sendiri oleh si gadis dengan penuh cermat dan rasa cinta.

Bagaimanapun kini, tersebar cara untuk menjadikan lelaki yang disukai pasti membalas cinta mereka menggunakan cokelat yang dihasilkan itu.Cara itu pula melibatkan perkara kotor iaitu mencampurkan darah haid, air ludah atau rambut ke dalam cokelat yang dimasak lalu diberikan sebagai hadiah.

Ajaran sesat yang mula-mula dikongsikan di laman portal terkenal Naver Matome ini nyata mendapat perhatian hangat apabila diulang Tweet lebih 15,000 kali selain disebarkan di portal-portal internet.

Ramai menganggap perkara ini cuma satu pembohongan tapi bagi masyarakat Melayu yang mengetahui tentang ‘nasi kangkang’ yang dihasilkan bagi menjinakkan suami, berita ini mungkin ada asasnya.

Apa pun, para lelaki Jepun sewajarnya berfikir dua kali jika menerima cokelat daripada gadis pada 14 Februari ini.


sumber
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info