Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Cina Malaysia dipenjara hina bendera Indonesia

JAKARTA 6 Dis. - Seorang rakyat Malaysia dijatuhi hukuman penjara 15 bulan oleh Mahkamah Daerah Dumai semalam selepas dia didapati bersalah menghina bendera Indonesia.

Panel hakim mendapati Broderick 'Achin' Chin Teck Fui didapati bersalah melanggar Perkara 154 Kanun Jenayah kerana menghina atau menunjukkan permusuhan atau kebencian terhadap kerajaan Indonesia.

Achin, pengurus operasi PT Kreasijaya Adhikarya, sebuah syarikat pemprosesan minyak sawit Malaysia, juga didapati bersalah melanggar Perkara 66 Undang-undang No. 24/2009 terhadap bendera negara, bahasa, lambang dan lagu kebangsaan, lapor akhbar berbahasa Inggeris Jakarta Post pada Jumaat.

Kejadian itu berlaku pada 16 Ogos lepas apabila kakitangan syarikat itu menyediakan bendera sempena sambutan Hari Kemerdekaan kemudian Achin bertanya kepada orang bawahannya sama ada mereka mempunyai bendera baharu.

"Jika kamu tidak mempunyai bendera baharu, gunakan sahaja seluar dalam putih saya. Untuk merah, kamu boleh minta daripada isteri saya," Achin dilaporkan memberitahu pekerjanya.

Kata-katanya itu yang bermaksud sebagai jenaka, dilaporkan kepada Majlis Kota Dumai dan didedahkan media.

Polis menahan Achin beberapa hari kemudian selepas mendapat tekanan awam dan didakwa di mahkamah, lapor akhbar itu. - BERNAMA

Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131206/lu_11/Rakyat-Malaysia-dipenjara-hina-bendera-Indonesia#ixzz2miYBq7zh
© Utusan Melayu (M) Bhd

 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info