Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Nelson Mandela meninggal dunia

Nelson Mandela (gambar) meninggal dunia secara aman di rumahnya di Johannesberg selepas menderitai penyakit jangkitan paru-paru kata Presiden Jacob Zuma dalam kenyataan secara langsung disiarkan stesen televisyen negara itu.

Mandela, 95, yang merupakan bekas presiden kulit presiden kulit hitam pertama Afrika Selatan itu memimpin perlawanan terhadap dasar Apartheid dan pernah dipenjarakan selama 27 tahun.

Beliau menerima rawatan di rumahnya selepas tiga bulan terlantar di hospital.

“Negara kita kehilangan besar,” kata Zuma.

"Rakyat kita kehilangan bapa mereka."

Menurut Zuma, Mandela akan dikebumikan dalam upacara negara dan bendera Afrika Selatan akan dikibarkan separuh tiang. – 6 Disember, 2013.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info