Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Antara 3 Pilihan Yang MAS Berikan Kepada Keluarga Penumpang Di China

Malaysia Airlines (MAS) memberi tiga pilihan kepada keluarga penumpang pesawat MH370 di China.Pilihan itu ialah mereka boleh terus tinggal di Beijing, yang kedua MAS akan menanggung kos pengangkutan dari Beijing ke rumah mereka dan ketiga, mereka masih boleh terbang ke Malaysia untuk mendapatkan perkembangan semasa yang berlaku tentang kehilangan pesawat itu sejak 8 Mac lalu.

Perkara itu diberitahu seorang pegawai kanan pentadbiran MAS, Ignatious Ong Ming Choy kepada media Malaysia di Beijing pada Ahad.Beliau berkata MAS akan menguruskan soal hotel kepada keluarga berkenaan yang mahu ke Kuala Lumpur.

“Kami akan memaklumkan kepada mereka persiapan seterusnya,” katanya dan menambah sesetengah anggota keluarga yang telah berada di Kuala Lumpur mengambil keputusan kembali ke China kerana merasakan tiada makna mereka terus menunggu.

Satu keluarga dari wilayah Xinjiang yang berada di Beijing berkata mereka akan terus menunggu di situ.Ong berkata taklimat mengenai operasi mencari dan menyelamat kini hanya akan disalurkan melalui saluran berita yang betul kerana kes kehilangan pesawat sedang disiasat.

- Bernama
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info