Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Artis Berkahwin Dengan Adik Ipar


Pelakon Azad Jasmin terkejut dan tidak menyangka dia harus berpasangan dengan adik iparnya sendiri, Syafnida Shuhaimi dalam filem arahan Murali Abdullah berjudul 'Fobia Malam Pertama'.

"Saya tidak tahu yang dia turut berlakon dalam filem ini sehinggalah saya berjumpanya di set penggambaran. Mulanya saya hairan, kenapa dia berada di situ. Kemudian dia beritahu yang pengarah menghubunginya dan menawarkan dia berlakon. Saya terkejut dan terdiam sekejap masa tu. Tapi kami tiada masalah berlakon bersama", kata Azad ketika ditemui pada sesi previu filem 'Fobia Malam Pertama' di TGV One Utama, baru-baru ini.

Keakraban yang terjalin antara mereka sekaligus memudahkan Azad dan Shafnida menghayati watak masing-masing termasuklah babak romantik.Kata Azad, walaupun dia perlu melakonkan adegan intim dengan adik iparnya itu, dia masih menjaga batas dan sentiviti sebagai seorang pelakon lelaki juga sebagai abang ipar.



"Kami memang rapat, dia dah macam adik saya sendiri. Kami mudah dapat keserasian untuk hidupkan watak masing-masing. Di set dia banyak gelak. Dia pun masih baru lagi dan banyak lagi yang perlu dia belajar dalam bidang ni

"Kalau babak romantik tu, kami tak ada masalah melakonkannya tapi saya tetap menjaga batas-batas. Isteri saya Eira, dia memahami dan tak timbul soal cemburu sebab dia pun seorang pelakon. Sebelum ni pun, saya dah ramai berlakon dengan pelakon wanita. Malah dia banyak bagi nasihat pada adik dia",ujarnya.

Malu Tengok Diri Sendiri




Salah satu babak dalam filem Fobia Malam Pertama.

Sementara itu, Shafnida yang turut ditemui berkata pada mulanya dia agak kekok bergandingan dengan Azad terutama apabila pada babak romantik.

"Mula-mula tu saya rasa pelik dan agak kekok tapi lama-lama tu okay. Kakak saya pun banyak nasihat dan tips sebab ini pertama kali saya berlakon. Sebelum ni saya ada dapat tawaran. Tapi saya tolak sebab saya tak yakin saya boleh berlakon. Lagipun saya takut dibayangi kakak", tutur adik kepada pelakon Eira Syazira ini.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info