Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Pesawat MH370 Dirampas

Sepang: Misteri kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 ketika dalam perjalanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Beijing, China, Sabtu lalu, hampir terurai apabila pesawat itu didakwa dirampas oleh seseorang berpengalaman luas dalam penerbangan.

Malah, pasukan penyiasat yang menjejaki pesawat penumpang B777-200ER itu berkata, mereka tidak boleh menolak kemungkinan berlaku rampasan dan kini melihat sama ada seorang daripada anak kapal, termasuk juruterbang pesawat berkenaan, terbabit dalam insiden itu.

Ini berikutan kemampuan luar biasa individu berkenaan yang tahu mengelak radar biasa dan belajar cara berbuat demikian bagi mengelak perbuatannya dikesan pihak berkuasa.

Teori kemungkinan berkenaan yang pada mulanya banyak dilaporkan media Barat, terutama Amerika Syarikat, diperkukuhkan lagi apabila kerajaan semalam mengesahkan pesawat tidak dikenali dikesan radar utama menyimpang dari laluan penerbangan asal adalah MH370.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, berdasarkan perkembangan terkini misi mencari pesawat berkenaan, pihak berkuasa mengubah tumpuan penyiasatan mereka kepada anak kapal dan penumpang pesawat.


SUMBER:harian metro
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info