Senyuman menawan sering dikaitkan dengan kehidupan bahagia. Bagaimanapun, senyuman sedikit ‘cacat’ jika ada antara gigi kita rongak atau rosak.Oleh itu, ramai cuba sedaya upaya mengelak menghadapi masalah itu dengan menggosok gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari.
Sebut saja sakit gigi, kita akan terkedu. Ia boleh menyebabkan kita menderita tetapi ramai keberatan berjumpa doktor gigi sehingga menjejaskan keupayaan menelan atau bertutur.
Meskipun perangkaan daripada Kaji Selidik Epidemiologi Kesihatan Pergigian Orang Dewasa Tahun 2010 peringkat kebangsaan (NOHSA 2010) menunjukkan 88.9 peratus orang dewasa mengalami masalah kereputan gigi, penilaian dan kesedaran terhadap pentingnya penjagaan kesihatan mulut dalam kalangan mereka masih rendah.
Mungkinkah ini antara sebab hasil kajian dijalankan masih menunjukkan lebih 70 peratus daripada kanak-kanak berusia 12 tahun mengalami masalah kereputan gigi walaupun wujud pelbagai alat untuk menjaga kebersihan dan kesihatan mulut.Lebih membimbangkan, hasil kaji selidik menunjukkan lapan hingga 10 gigi susu kanak-kanak prasekolah di Malaysia berumur bawah lima tahun diserang kereputan gigi.
Ini mungkin tidak memeranjatkan kerana seperti diketahui, kanak-kanak suka meniru perangai baik mahupun perangai buruk ibu bapa.Namun demikian, banyak bukti menunjukkan kereputan dan kaviti gigi boleh dicegah lebih berkesan dengan memahami puncanya.
Lebih penting, amalan penjagaan mulut pada setiap hari dan pemeriksaan tahunan oleh doktor gigi boleh menghindarkan masalah gigi.Penjagaan mulut dan gigi penting bukan saja untuk memastikan kita bebas daripada kesakitan, tetapi juga membolehkan kita menjalankan aktiviti berkualiti dalam kehidupan.
Malangnya, penjagaan mulut dan gigi sering diabaikan. Ada bukti menunjukkan lebih 3.6 bilion penduduk dunia dan berbilion gigi menjadi mangsa kereputan yang kini dikategorikan sebagai penyakit berjangkit.Lebih malang lagi, jika kanak-kanak menjadi mangsa kereputan gigi, kesakitan dan mulut bengkak bukan saja menjejaskan keupayaan mereka untuk makan dan bercakap, tetapi turut membantutkan perkembangan fizikal.
Ini menyebabkan mereka tidak dapat ke sekolah dan menjalani kehidupan lebih berkualiti. Kesakitan bertambah apabila gigi terpaksa dicabut, meninggalkan luka yang mungkin lebih menyakitkan dan mengambil masa untuk sembuh.
Apabila 50 peratus daripada 20 batang gigi susu kanak-kanak berusia bawah lima tahun diserang kereputan gigi, mereka mungkin mengalami masalah kesihatan lain pada masa depan, termasuk yang boleh menjejaskan akal fikiran.Kesan kereputan gigi bukan saja terbatas kepada mulut, bahkan ada bukti daripada hasil penyelidikan yang menunjukkan kereputan gigi boleh menjejaskan kesihatan.
Mengapa dan apa yang menyebabkan kaviti?
Kereputan gigi disebabkan tiga faktor utama. Selain bakteria, ada dua faktor lain iaitu makanan, gigi dan air liur di dalam mulut yang dikawal.Oleh itu, pastikan anda mengamalkan diet sihat dan seimbang dengan mengambil makanan berserat dan kurang gula pada masa betul.
Pada masa sama, kita perlu kurangkan pengambilan snek di antara waktu makan. Pastikan juga makanan tidak liat dan melekit kerana ia mengumpul plak untuk tempoh lebih lama pada permukaan gigi.Plak melekat pada sebarang permukaan, sama ada keras mahupun lembut, dan mengumpul bakteria. Dalam masa kurang lima minit, makanan bergula menjadi rebutan kira-kira dua juta bakteria yang menjadi penghuni tetap dalam mulut, khususnya bakteria Streptococcus mutans dan seumpamanya seperti strep salivarius dan strep viridians.
Bakteria ini boleh menurunkan tahap asid ke 5.5 (pH 5.5). Pada tahap ini, mineral pada ion kimia yang membentuk lapisan enamel luar (lapisan luar putih seperti mutiara) akan terhakis atau terlarut, meninggalkan bukaan yang boleh mengumpul ion kimia yang tidak baik daripada air liur dalam mulut anda untuk melekap dalam lubang.
Justeru, bagi memastikan mempunyai cukup ion kimia positif seperti Fluorida (F-), anda mesti minum air mengandungi fluorida, bukan air minuman ringanAir minuman ringan mengandungi banyak gula iaitu antara enam dan sembilan sudu teh penuh. Jangan lupa untuk memberus gigi dengan ubat gigi berfluorida.
Sebaik saja ubat gigi berbuih, ion fluorida dalam ubat gigi akan memastikan ia mengisi lubang seni dalam enamel untuk menjadikan gigi lebih kuat. Setidak-tidaknya, gigi lebih kuat akan melengahkan pembentukan kaviti lebih besar.
Kita sewajarnya mengikut konsep 80/20 Jepun yang bermakna pada usia 80 tahun, warga tua negara itu masih dapat mengekalkan 20 (daripada 32) gigi kekal. Dengan demikian membolehkan mereka makan, senyum, hidup sihat dan merasai nikmat hidup berkualiti.
Untuk pengetahuan mereka yang gemar minum air suling atau menggunakan air bertapis, ada bukti menunjukkan kebanyakan fluorida hilang ketika proses penyulingan atau penapisan.Perkara lebih penting untuk diketahui, keadaan dalam mulut mengambil masa sekurang-kurangnya setengah jam untuk kembali ke tahap neutral pH 6 atau lebih seperti sebelum makan.
Pada kebanyakan masa, gigi tidak mempunyai peluang untuk mencapai tahap ini kerana kebanyakan rakyat Malaysia gemar makan snek di antara waktu makan.Membiarkan ekosistem mulut berasid berbahaya kerana satu lagi jenis bakteria berbahaya, Lactobacillus acidophilus dan keluarganya boleh bermaharajalela dalam keadaan pH berasid dan akan mengekalkannya pada tahap rendah atau lebih rendah untuk tempoh lebih lama hingga melanjutkan kepesatan pelarutan.
Proses pembentukan kereputan gigi berterusan dan kekal sepanjang hayat. Anda menghadapi kereputan gigi yang boleh atau tidak boleh dilihat dengan mata kasar sepanjang hayat.Namun jika menjaga gigi dengan baik dan berjumpa doktor untuk pemeriksaan awal, besar kemungkinan anda tidak mempunyai kaviti atau banyak gigi berlubang yang besar, baik pada usia muda mahupun pada usia lewat.
Bagaimana menjaga mulut
Sungguhpun mulut terdedah kepada kereputan gigi, kita boleh mengurangkan peluang mendapat kaviti dengan menjaga kebersihan dan kesihatan mulut secara keseluruhan dengan membuat perubahan kecil dalam gaya hidup kita.
• Jika hamil, anda wajar mendapat ucapan tahniah. Mulakan belaian kasih sayang untuk bayi dalam kandungan dengan mengamalkan diet seimbang dan mengambil banyak sayuran serta buah-buahan mengandungi vitamin, mengelak atau mengehadkan pengambilan ‘asam boi’ atau makanan dan minuman manis yang sangat digemari wanita berbadan dua.
Setidak-tidaknya, minum banyak air berfluorida. Pastikan anda memberus gigi hingga bersih sekurang-kurang dua kali sehari dengan ubat gigi berfluorida, terutama sebelum tidur.
Kurangkan tabiat pengambilan snek bagi mengurangkan asid dalam mulut. Jangan lupa berjumpa doktor gigi bagi memastikan ia dalam keadaan baik.
• Kekalkan kecomelan si manja dengan memulakan tabiat menjaga kebersihan mulut sejak bayi. Bersihkan mulut bayi dengan tuala kecil basah dan bersih selepas setiap kali menyusu.
• Jaga kebersihan dan kesihatan mulut si manja supaya sentiasa dapat mengukir senyuman menawan. Mulakan memberus gigi bayi tanpa ubat gigi sebaik gigi susu tumbuh pada usia lima hingga enam bulan.
Apabila mula menggunakan ubat gigi pada usia dua tahun, pastikan anda mengawasi si manja memberus gigi supaya tidak menelan terlalu banyak ubat gigi, lebih-lebih lagi ubat gigi berfluorida. Kumur mulut si manja sehingga bersih. Si manja pasti akan rasa segar dan dapat tidur lena.
• Apabila si manja boleh makan, ini masanya untuk memulakan tabiat menjauhkan gula. Jangan tambah perasa (garam atau gula) ke dalam makanan si manja. Selera bayi tidak sewajarnya dirangsang sejak awal.
Mulakan dengan beberapa sudu kecil bijirin (tanpa gula) atau bubur nasi dan tambah kuah sayur terlebih dulu. Seterusnya, tambah sup daging tanpa perasa dan akhir sekali tambahkan buah-buahan. Dengan cara ini, anda membantu membiasakan si manja dengan gaya hidup sihat.
• Untuk warga emas atau mereka yang memakai gigi palsu, pastikan gigi palsu ditanggalkan sebelum tidur dan diberus untuk menjaga kebersihannya.
Kemudian letakkan dalam air untuk semalaman. Tisu lembut dalam mulut anda memerlukan oksigen dan kesegaran.
Bersihkan mulut dengan betul, pastikan anda memberus lidah (yang biasanya memerangkap sel mati dan sisa makanan) dan berkumur dengan ubat berfluorida. Anda akan rasa bersih dan segar apabila masuk tidur.
• Jika menghidap penyakit kronik seperti diabetes (kencing manis) atau sakit jantung, lebih penting memastikan mulut sentiasa bersih tanpa kaviti terbuka.
Ini kerana mulut pintu masuk pertama bagi segala yang mengandungi berbilion bakteria. Kesihatan mulut yang tidak dijaga dengan baik boleh memburukkan lagi keadaan penyakit kronik.
Jika boleh, masukkan ubat kumur dalam senarai barang keperluan apabila ke pasar raya untuk membeli-belah, tetapi ubat kumur hanya wajar digunakan selepas memberus gigi!
Umumnya, empat langkah penting boleh anda ambil untuk menjaga kesihatan mulut.
• Jaga kebersihan mulut dengan memberus gigi hingga bersih sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk menanggalkan kotoran dan bakteria yang melekat pada permukaan gigi serta dalam lubang papila lidah.
• Guna alat menjaga kebersihan mulut yang lain seperti flos gigi atau berus antara gigi untuk membantu membersihkan sisa makanan yang terselit di celahnya, lebih-lebih lagi jika anda memakai pendakap gigi untuk rawatan ortodontik atau bentuk rawatan pemulihan lain yang mahal seperti bridge dan implan. Tanya doktor gigi apakah yang terbaik untuk anda.
• Guna ubat gigi berfluorida untuk menguatkan gigi dan melindungi gigi daripada kereputan. Elak pengambilan terlalu banyak makanan, minuman dan snek bergula untuk mengelakkan kereputan gigi.
• Dapatkan pemeriksaan doktor gigi sekurang-kurangnya sekali setahun supaya masalah kereputan boleh dikesan dan ditangani lebih awal. Ini dapat mengurangkan kos penjagaan pergigian kerana anda kurang memerlukan prosedur rumit dan mahal.
Pada kurun ke-19, kereputan gigi disifatkan sebagai ‘penyakit mewah’ di negara Barat. Kita harap apabila meneruskan langkah menuju tahun 2020 untuk menjadi negara maju, kereputan gigi akan menjadi sejarah.
Artikel ini ditulis Pakar Kariologi Pencegahan Oral pertama negara, Prof Dr Rahimah Abdul Kadir. Beliau berpengalaman 35 tahun dalam pengurusan karies. Kini beliau menjadi Dekan Fakulti Pergigian Lincoln University College, Ahli Yang Dilantik ke Majlis Pergigian Malaysia, Jurutaksir bagi Agensi Kelayakan Malaysia di bawah Kementerian Pendidikan dan Pengerusi Alliance for a Cavity-Free Future (ACFF)
Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |
ARTIKEL TERKINI
ARTIKEL LAIN
-
▼
2014
(613)
-
▼
Mac
(138)
- 21 Tips Dan Petua Untuk Mencantikan Wajah Yang Wan...
- Tergempar!!! Raja Bomoh Kena Penampar
- Sedih.. Ibu Enggan Terima Dan Melihat Anak Baru Di...
- Full Video!!!! Lagu Nyayian Raja Bomoh Bertajuk Bu...
- Isu MH370 3 Gambar Waris Penumpang China Buat Hal ...
- Kenyataan Samantha Wong Menyakitkan Hati Umat Isla...
- Inilah Video Konsert Di Bukit Jalil Yang Menyebabk...
- Abang Gadis Yang Meninggal Di Konsert Bukit Jalil ...
- Isu MH370 Saya Takkan Peluk Islam Kalau Tengok Per...
- Bayi Berusia 8 Bulan Mati Akibat Salah Ubat Yang D...
- Antara 3 Pilihan Yang MAS Berikan Kepada Keluarga ...
- Agensi Perisikan Dakwa Pesawat MH370 Dilarikan Unt...
- Abang Kepada Gadis Mati Dalam Konsert Di Bukit Jal...
- Kamera CCTV Merakamkan Aktiviti Tidak Bermoral Lel...
- Full Video!!! Pasangan Buat Projek Dalam Tren Tanp...
- Terbaru!!! Konsert Life In Color Akan Diadakan Di ...
- Kisah Benar Pengakuan Seorang Isteri Yang Sangat M...
- Kisah Benar Pengakuan Isteri Yang Sangat Mengejutkan
- 3 Gambar Lelaki Ditembak Mati Depan Khalayak Ramai
- Informer Al-Qaeda dedah penglibatan "Juruterbang" ...
- Artis Berkahwin Dengan Adik Ipar
- Nak Sangat Abang Angkat Kan Dah Terangkat
- Terkini!!! Aaron Maut Dihempap TV
- 14 Gambar Konsert Di Bukit Jalil Berakhir Dengan K...
- Gadis Berusia 15 Tahun Hilang 2 Bulan Telah Tidur...
- Terkini!!!! Amaran dan Pesanan Orang Rembau kepada...
- Pelajar Berusia 15 Trauma Dil1wat 4 Lelaki
- Isu MH370 Waris Penumpang MH370 Cetus Kekecohan Ke...
- Punca-Punca Gigi Mudah Reput Dan Rosak
- Perwatakan Gadis Melayu Mengikut Negeri
- Cara Solat Ketika Sedang Sakit Yang Umat Islam Wa...
- Doktor Keluarkan Lipas Paling Besar Dalam Telingga...
- Bodoh!!! Lelaki Ini Menderita Selepas Memaku Kepal...
- Mayat Hanya Memakai Kain Pelekat Dibuang Tepi Jalan
- Pesawat MH370 Dirampas
- Nikmat Hubungan "Bersama" Ketika Hamil Menghairahkan?
- Kisah Sedih Saya Tidak Mampu Beri Zuriat Pada Abang
- Ibu Terkejut Melihat Anak Berusia 4 Takut Buat Per...
- Video Real!!! Penampakkan Hantu Dalam Bilik Bedah
- Gambar Wanita Ini Mempunyai 3 Paydra
- Mesti Baca!!! Disebalik Kisah Rahim Hanya Satu
- Kisah Benar Jururawat Terselamat Dirog*l Mat Bagla...
- Kisah Benar Mayat Isteri Z1na Dihurungi Ribuan Lintah
- Info Yang Perlu Wanita Baca!!! Bersunat Atau Khita...
- Pelampung Yang Besar Ini Ditemui Di Laut Kuala Luk...
- Dilema Kekasih Yang Mempunyai Sejarah Hitam
- Bayi Perempuan Mempunyai Dua Kepala
- Alat Sul*t Dipotong Dan Dibuang Dalam Semak
- Tolonglah Mak cik Jangan Hina Nabi Kita
- 11 Gambar Penumpang Pesawat MH370 Yang Hilang
- Full Video!!! Raja Bomoh Malaysia Datuk Ibrahim Ma...
- Waris Penumpang Negara China Ugut Saman Kerajaan M...
- Terkini!!! Video Kerajaan Malaysia Dan MAS Kena He...
- Ajal Sebelum Merasmikan Malam Pertama Pengantin
- Info Perkahwinan | Perkara-Perkara Yang Isteri Per...
- Kurang Ajar!!! 2 Gambar Pesawat MAS MH370 Diedit S...
- 50 Tanda-tanda Orang Munafik Menurut Al-Quran & Su...
- Tergempar!!! Penyiasat Amerika Mensyaki Pesawat MH...
- Terkini!!! Bomoh Pesawat MH370 Gemparkan Dewan Rakyat
- Kisah Benar Luahan Suami Curang Ketika Isteri Bekerja
- Isu Pesawat MH370 Berikut Surat dari Presiden PAS ...
- Kisah Benar Ustaz & Pramugari Dalam Pesawat MAS Bo...
- Saya Disuruh Berlakon Babak-Babak Panas Atas Katil...
- Isu Pesawat MH370 Sayu.. Tangisan Ibu Terkenang Na...
- Datin Seri Dr Wan Azizah Sound Khairy Jamaludin
- Punca Kanser Payudra Dan Kaedah Rawatan Yang Perlu...
- Info Menarik Yang Umat Islam Kena Tahu Sejarah Har...
- Serius!!! Pay*dar* Wanita Dipatuk Ular Ketika Bang...
- Negara China Hantar Pasukan Penyiasat Untuk Menyia...
- Isu Pesawat MH370 Kerajaan Vietnam Sahkan Berita K...
- Terkini!!! Raja Bomoh Malaysia Datuk Mahaguru Ibra...
- Serius!!! Peminat Mahu Perk*sa Hanez Suraya
- Hanez Suraya Buat Hal Lagi Kali Ni PA Beliau Pula ...
- 10 Persoalan Misteri Kehilangan Pesawat MH370
- 3 Gambar Kepala Budak Ini Ditembusi Lembing Tetapi...
- 6 Gambar Pemandu Bas Ini Dengan Slambernya Kencing...
- Mesti Baca!!! Virus Facebook Baru Ini Akan Menyera...
- Pasangan Tunang Terlanjur Dan Hamil Serta Melahirk...
- APMM Sahkan Tumpahan Minyak Dekat Lokasi Terakhir ...
- Waris Penumpang China Berang Dengan MAS
- Isu Pesawat Mas MH307 Hilang Lagi Kenyataan Bangga...
- Inilah Bra Yang Ditakuti Lelaki
- Lelaki Berusia 71 Tahun Terkejut Apabila G-R-0 Yan...
- KIsah Mereka Yang Terlepas Menaiki Pesawat MH370
- Bayi 8 Bulan Bertarung Nyawa Mengalami Pendarahan ...
- 10 Gambar Awek Comel Ini Mempunyai Badan Yang Sasa...
- Gambar Ini Mampu Membuatkan Anda Muntah Darah
- Inilah 10 Sebab Mengapa Lelaki Sukakan Janda
- Janda Anak Satu Binggung Menjalinkan Hubungan Perc...
- Pasangan Baru Gugur Ingin Honey Moon Di Beijing ...
- Isu Pesawat Mas Hilang Lelaki Ini Keluarkan Status...
- Hukum Minum Air Mineral Spritzer, Cactus, Desa Yan...
- 10 Gambar Ngeri Sepatutnya Per*gol Kat Malaysia Pu...
- 4 Gambar Ibu Jadikan Mayat Anaknya Sebagai Patung ...
- 17 Gambar Lelaki Banggang Ini Buat Pemedahan Jadi ...
- Info Menarik!!! Rahsia Tarikh Lahir Yang Perlu And...
- Insaflah Takkan la Ko Nak Kawin Dengan Pengkid
- Kesian Bacalah Luahan Hati Gadis Ni Apa anda Akan ...
- Menarik!!!! jom baca Kenapa Pasangan Bercinta Suka...
- Meleleh Air Mata Baca Wasiat Buat Isteri Tersayang Ni
-
▼
Mac
(138)
Dikuasakan oleh Blogger.