Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Isu MH370 Waris Penumpang MH370 Cetus Kekecohan Ketika Sidang Media Bersama PM

JIKA media tempatan melaporkan rata-rata keluarga kepada penumpang Malaysia yang menaiki pesawat MH370 lega dengan fasa baru operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, lain pula suasana yang berlaku di Beijing, China.

Sidang media di Kuala Lumpur yang disiarkan secara langsung di Hotel Metropark Lido itu ternyata mencetuskan kekecohan di kalangan lebih 300 ahli keluarga mereka yang berkumpul di situ, memetik The Straits Times.

“Bagaimana ini boleh berlaku?” jerit salah seorang daripada mereka sejurus selepas Najib mendedahkan bahawa komunikasi terakhir antara pesawat MH370 dengan satelit ialah pada jam 8.11 pagi Sabtu lalu.Sebelum ini, maklumat rasmi yang dikeluarkan ialah, pesawat itu terputus hubungan jam 1.20 pagi, kira-kira sejam selepas berlepas dari Kuala Lumpur.

Ramai di kalangan mereka cuba menghalang Duta Malaysia ke China, Iskandar Sarudin daripada meninggalkan mesyuarat tersebut.“Tak mungkin pesawat itu masih terbang selepas itu. Di mana ia mendarat?” soal seorang lagi ahli keluarga penumpang.

Bagaimanapun, beberapa ahli keluarga yang lain pula percaya kenyataan Najib itu menguatkan spekulasi mereka bahawa pesawat MH370 sememangnya telah dirampas.Ia secara tidak langsung menimbulkan keyakinan mereka bahawa masih ada peluang untuk insan kesayangan mereka terselamat.

“Masih ada harapan untuk kita,” kata salah seorang daripada mereka.Sementara itu, Pengarah Komersil Malaysia Airlines, Hugh Dunleavy memberitahu ahli keluarga penumpang bahawa syarikat itu tidak akan menjawab sebarang persoalan kerana kes itu sudah berada di bawah siasatan jenayah.

Menurutnya, sebarang kenyataan terlebih dahulu akan dibuat oleh kerajaan Malaysia sebelum MAS menyalurkan maklumat kepada mereka.

Oleh: ELZA


sumber:mynuewhub
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info