Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Terkini!!! Aaron Maut Dihempap TV

Seremban: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan maut dipercayai akibat dihempap televisyen di ruang tamu rumahnya di Taman Gadong Jaya, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa E Soloman Aaron yang cedera di kepala dikejarkan ke Klinik 1Malaysia berhampiran rumahnya untuk rawatan awal oleh ibu bapanya.

Mangsa diperiksa oleh kakitangan perubatan bertugas dan diberi bantuan oksigen sebelum dibawa menaiki ambulans ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan akibat kecederaan parah dialaminya dan disahkan meninggal dunia jam 5.45 petang.Bapa mangsa G Egenase berkata, ketika kejadian isterinya berada di dapur untuk membuat susu anak bongsu sebelum dia dikejutkan dengan bunyi bising dari arah ruang tamu rumah.

Katanya, isterinya terus memeriksa apa berlaku dan terkejut mendapati rak televisyen menghempap anaknya manakala sebuah televisyen berada di sisi.


 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info