Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Datin Seri Dr Wan Azizah Sound Khairy Jamaludin

KAJANG - "Kamu lahir dan dibesarkan di 'kandang emas' Khairy, kamu tidak faham erti penindasan dan kezaliman," demikian kata Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai respons kepada kenyataan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang mendakwa calon PKR Dun Kajang itu sebagai 'boneka' politik.

Menurut Wan Azizah, luahan KJ tersebut bukan cerminan sebenar perasaan rakyat kerana katanya, Khairy diberikan keistimewaan' sejak dari kecil. "Khairy adalah orang yang dianugerahkan keistimewaan. Beliau merupakan seorang anak diplomat serta berpeluang belajar di luar negara.

"Jadi beliau tidak faham erti bagaimana orang tersebut ditindas dan dizalimi," katanya ketika majlis pelancaran manifesto PKR di Bilik Gerakan Utama PKR di Bangunan Mat Saman, hari ini.Semalam KJ, yang juga Ketua Pemuda Umno sewaktu berucap dalam Majlis Pelancaran Jentera Pemuda BN di Taman Saujana Impian, mendakwa Azizah hanyalah 'boneka' dalam permainan politik yang dicipta partinya.

Dalam ucapnya, Khairy turut mengingatkan pengundi Kajang khususnya anak muda agar tidak terperangkap dengan usaha PR untuk 'menagih simpati' pengundi dalam PRK Dun tersebut pada 23 Mac ini.Azizah diletakkan sebagai calon gantian selepas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan bersalah meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan enam tahun lalu dan dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan.

Dalam pada itu, peletakan Wan Azizah sebagai calon pengganti dilihat pelbagai pihak, termasuk penganalisis politik, sebagai usaha PKR untuk meraih 'undi simpati' di atas kejadian yang berlaku ke atas Anwar.Penganalisis berpendapat, Wan Azizah, dikatakan sebagai senjata mujarab bagi meraih simpati rakyat yang kasihankannya serta dikatakan mampu mencipta gelombang kebangkitan rakyat seperti peristiwa yang berlaku pada 1998.

PRK Dun Kajang ini bakal menyaksikan Wan Azizah akan menentang calon BN,  Datin Paduka Chew Mei Fun.Pilihan raya kecil itu diadakan susulan peletakan jawatan wakil rakyatnya sebelum ini, Lee Chin Cheh daripada PKR pada 27 Januari.

sumber:sinarharian
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info