Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Insaflah Takkan la Ko Nak Kawin Dengan Pengkid

Kenalan saya berusia 28 tahun dan meminati golongan sejantina. Malah, dia secara terang-terangan memuat naik status hubungannya dengan pengkid dalam akaun laman sosialnya tanpa rasa malu atau bimbang.Saya terkilan kerana dia bertudung dan mempunyai kerjaya baik. Malah dari segi rupa, dia boleh dikatakan berpenampilan menarik serta pandai bergaya.

Meskipun saya rakan baiknya dan pernah cuba menegur cara hidup songsang itu, dia langsung tidak mengendahkannya.Malah, saya pernah diserang pengkid terbabit kerana dituduh menghasut rakan saya supaya meninggalkannya, sedangkan saya hanya berniat baik serta ingin membantu dia menjalani hidup diredai Tuhan. Saya juga tidak sanggup mendengar cercaan orang terhadapnya.

Ini kerana saya kenal ibu bapanya secara peribadi. Mereka tinggal sekampung dengan orang tua saya.
Keluarganya dipandang tinggi di kampung kerana bapanya imam masjid. Hakikat itu membuatkan saya simpati dan ingin membantu.

Namun, sejak kerap menegur serta meminta dia bertemu pakar perubatan Islam untuk mengubat ‘nafsu sejenis’ itu, rakan saya mula menjauhkan diri kerana dia bimbang saya akan guna-gunakan dia untuk melupakan kekasihnya.


UMAI
Kuala Selangor, Selangor

Jihad tidak semestinya hanya perlu memegang pedang. Ada kalanya tutur kata serta kepintaran akal menjadi senjata paling utuh untuk menghalang kemungkaran. Rasionalnya, Dang Setia menyebut mengenai jihad sebagai galakan dalam usaha saudari membantu rakan.

Jangan gentar apabila diugut dan bulatkan tekad untuk terus membantu rakan. Biarpun dilihat menyentuh peribadi mahupun menjejaskan hubungan dan rakan, ia jauh lebih baik daripada saudari berdiam melihat dia terus hanyut dan tersesat.Cari pelbagai inisiatif dan medium untuk menyampaikan nasihat. Malah, pemilihan kata-kata betul terhadap rakan mampu menjadi penyejuk dan membantunya menyedari kesilapan dilakukan.

Sebenarnya bukan mudah untuk kembali ke pangkal jalan andai hasutan nafsu terus-menerus membelenggu diri.Dia memerlukan rakan baik untuk membantu kembali ke pangkal jalan. Meskipun mengelak, terus berusaha menjejaki dan memujuknya supaya dia tinggalkan gaya hidup songsang itu.

Ingatkan dia mengenai keluarga dan pandangan orang jika soal nafsu luar biasa itu terbongkar dengan harapan ia dapat membantu mengembalikan rasional dan perkara yang dia lupa iaitu Islam melarang pergaulan sejenis.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info