Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Pelampung Yang Besar Ini Ditemui Di Laut Kuala Lukut Didakwa Mempunyai Kaitan Dengan Pesawat MH370


 PELAMPUNG besar yang dijumpai Soo (kiri) dan Hong di Kuala Lukut.

Port Dickson: Dua nelayan di Kuala Lukut, dekat sini, terkejut apabila menjumpai objek di tengah laut yang disangka ada kaitan dengan kehilangan pesawat penerbangan MH370 milik Penerbangan Malaysia (MAS) lalu membawanya ke jeti Kuala Lukut Kecil, di sini, semalam.Nelayan terbabit, Soo Kim Hing, 63, dan Hong Hock Guan, 69, berkata, mereka keluar ke laut untuk menangkap ikan seperti biasa pada jam 9 pagi.

“Kami lihat keadaan laut tidak begitu baik dan hanya memandu bot ke tempat biasa iaitu enam batu nautika dari pantai Port Dickson. Kami juga tidak jadi memasang jaring kerana air tidak ‘cantik’ dan cuaca berjerebu. “Kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi (semalam), saya dan Hong memandu bot untuk pulang sebelum terpandang objek seperti bot menghala kepada kami. Apabila dekat saya tengok ia bukan bot, tetapi seperti pelampung yang besar dan terus teringatkan kapal terbang MH370 yang hilang,” katanya.

Soo menyuruh rakannya itu mengikat objek seperti pelampung besar itu ke botnya untuk dibawa pulang dan melaporkan kepada ketua kampung mengenai penemuan objek itu.“Dalam keadaan sekarang, mana tahu objek ini berguna sebagai panduan mencari Boeing 777 yang hilang.“Sampai saja di jeti, beberapa rakan terus mengerumuni bot saya untuk melihat objek ini dengan lebih dekat lagi.“Ada juga pendapat mengatakan ia alat permainan air yang sering digunakan kanak-kanak yang hanyut di tengah laut atau mungkin juga ada pengusaha permainan air di Port Dickson ini kehilangan pelampung mereka,” katanya.

Harian Metro yang tiba jeti Kuala Lukut Kecil itu mendapati objek itu adalah pelampung besar bersaiz lima meter panjang dan lima meter lebar serta tinggi enam meter.Pada bahagian badan pelampung itu terdapat banyak pemegang seperti alat permainan kanak-kanak.Menurut Soo, dia membuat laporan polis di Balai Polis Lukut dan sudah memaklumkan kepada wakil MAS yang akan datang melihat objek berkenaan.

Sejak menjadi nelayan 40 tahun dulu, inilah kali pertama beliau menjumpai objek pelik di tengah laut. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Abd Wahab Harun mengesahkan penemuan berkenaan dan objek itu tiada kaitan dengan kehilangan MH370, tetapi kemungkinan alat permainan kanak-kanak yang hanyut dari Pantai Batu 4, Telok Kemang.

sumber:hmetro
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info