Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

'Bukan aksi atas katil pun...'

Gambar hiasan
Kuala Lumpur: “Saya hanya muat naik gambar biasa. Bukan gambar bukan-bukan sehingga menjolok mata atau di atas katil pun. Bukannya gambar saya ke rumah pelacuran,” luah pelakon muda, Syafie Naswip berhubung tindakan segelintir peminat menempelaknya kerana bergambar seperti berpelukan dengan pelakon kanak-kanak, Fara Nadiah di laman Instagram, beberapa hari lalu.

Syafie atau nama sebenar Mohammad Syafie Naswip, 21, berkata, dia berasa pelik dan tidak menyangka tindakan berkongsi beberapa keping gambar dengan pelakon kanak-kanak berusia 12 tahun itu menimbulkan perasaan kurang senang kepada segelintir pihak.

Katanya, teguran peminat dengan cara mengaibkan adalah satu perbuatan yang tidak wajar dan kurang bersesuaian.

“Saya akui agak marah pada mulanya apabila beberapa pihak menghentam saya dengan soalan kenapa saya nak menunjuk-nunjuk gambar mesra kepada umum. Dia (Fara) baru 12 tahun dan sudah saya anggap seperti adik sendiri,” katanya.
GAMBAR Syafie bersama Fara Nadiah yang ditegur peminat.

 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info