Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Gambar ghairah pelajar UMP, JAIP digesa bertindak

Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Negeri Pahang (JAIP) perlu menjalankan siasatan terhadap penyebaran gambar lucah membabitkan sepasang pelajar universiti di negeri itu.

Gambar pasangan terbabit yang kelihatan berbogel itu, dipercayai dirakam ketika menginap di sebuah pusat peranginan negeri itu, sebelum dimuat naik menerusi akaun Facebook milik pelajar perempuan berkenaan.

Selain gambar terbabit, pelajar perempuan itu turut memuatkan kenyataan mencabar kewibawaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), antara lain turut menyifatkan denda RM3,000 tidak menghalangnya daripada berkhalwat.

Tak hormati undang-undang

Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Othman Mustapha, berkata pihaknya hanya boleh memberi pandangan tetapi tindakan undang-undang terhadap pasangan terbabit tertakluk kepada JAIP.

Pasangan itu boleh ditangkap JAIP untuk siasatan mengikut Enakmen Jenayah Syariah negeri berkenaan.

Sikap begini mencerminkan kerendahan moral individu itu kerana mereka bukan saja tidak menghormati undang-undang syariah, malah memalukan universiti dan keluarga masing-masing.
Ia juga menggambarkan pasangan itu tidak memiliki pemahaman Islam yang sempurna, katanya selepas Sambutan Maal Hijrah 1435H Peringkat Wilayah Persekutuan, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya dan Pengerusi Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali.

Pada majlis itu, Pengerusi Jawatankuasa Yayasan Dakwah Ikram dan Hidayah, Nicholas Sylvester @ Muhammad Abdullah, 47, dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Wilayah Persekutuan 1435H/2013M.

Muhammad merakamkan penghargaan kepada JAWI kerana memberi penghormatan kepadanya menerusi anugerah berkenaan.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info