Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Kes bunuh pegawai JAIP selesai

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengucapkan tahniah kepada pasukan Ops Cantas yang berjaya menahan 13 lagi suspek termasuk dua wanita dipercayai pengikut kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun' yang diketuai Harun Mat Saat.

Dalam laman twitternya, beliau berkata, siasatan kes tembak Ketua Penolong Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP), Ahmad Raffli Abd Malek, 47, 10 November lalu dijangka dapat diselesaikan dengan penahanan terbaru hasil Ops Cantas dilancarkan Bukit Aman itu.

 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info