Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Syarat ketat hadiri majlis kahwin Che Ta dan Zain

Che Ta, Zain terikat komitmen selepas dapat tajaan lebih RM3 juta, mahu tetamu ikut peraturan

Mencecah nilai tajaan jutaan ringgit, konsep persandingan dalam taman yang dilimpahi perhiasan dan persalinan mewah, menjadikan majlis perkahwinan pelakon sensasi, Rozita Che Wan, 40, dan Zain Saidin, 29, sebagai acara termahal dalam kalangan artis setakat ini.

Bagaimanapun, ada harga yang perlu dibayar Rozita dan Zain di sebalik kemewahan yang melimpah ruah itu. Apabila majlis perkahwinan mereka menjadi terlalu eksklusif, banyak syarat yang perlu dipatuhi tetamu.

Antara syarat yang dikenakan pasangan pengantin ini ialah setiap organisasi media tidak dibenarkan merakamkan gambar mempelai. Sebaliknya, penganjur akan menyediakan khidmat fotografi dan gambar akan diberi sejurus majlis berakhir.

Selain itu, disebabkan hak penyiaran majlis diberi secara eksklusif kepada Astro, stesen televisyen (TV) lain tidak dibenarkan membuat liputan. Jika mereka mahu menemu bual bakal mempelai, semuanya akan dilakukan pihak produksi Astro.

Stesen TV hanya perlu menyediakan soalan kepada Rozita atau Zain untuk diajukan oleh wakil produksi.

Berita Harian Online
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info