Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

(Gambar) Pelajar IKBN cuba bunuh diri belum berjaya dipujuk

MIRI: Kakitangan serta pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, gempar dengan insiden cubaan terjun seorang pelajar lelaki pada jam 8 pagi tadi.

Kejadian itu disedari beberapa rakannya apabila pelajar terbabit bertindak memecahkan cermin tingkap dan berdiri di atas tembok tingkat tiga sebuah hostel pelajar.

Sehingga kini, usaha memujuk masih dilakukan anggota bomba dan polis bagi menghalang tindakan pelajar berkenaan.

METRO

Kemaskini:

MIRI- Gara-gara gagal menyiapkan tugasan diberikan selain didakwa menghadapi konflik dengan tenaga pengajar, seorang pelajar lelaki cuba terjun dari sebuah asrama di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di sini, pagi ini.

Bagaimanapun, dalam kejadian jam 7.43 pagi itu, kecekapan pihak bomba memujuk dengan bantuan kehadiran bapa pelajar tahun pertama jurusan Lokomotif berusia 18 tahun itu berjaya mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Difahamkan, kejadian mula disedari beberapa rakan mangsa yang memaklumkan perkara itu kepada beberapa kakitangan serta tenaga pengajar di institut berkenaan sebelum menghubungi polis dan bomba bagi mendapatkan bantuan.

Pihak pengurusan IKBN terpaksa memanggil bapa pelajar terbabit supaya datang ke tempat kejadian untuk memujuk mangsa. (Harian Metro)

 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info