Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Kesombongan Jeff Oii terserlah walaupun mohon maaf

GEORGETOWN - Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi membuat kejutan naik ke pentas utama tanpa dijemput dan mengemukakan permohonan maaf kepada kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPP) kerana menggelar mereka kucing kurap.

Pada mulanya beliau dilihat mendiamkan diri ketika ucapan Karpal yang menegurnya berhubung isu itu.

Jeff Ooi kemudiannya mengumumkan beliau memohon maaf kepada semua kakitangan MPPP setelah diminta Karpal ketika Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013, hari ini.

Menurutnya, beliau hanya mengikut nasihat Pengerusi DAP Kebangsaan dan bukan orang lain.

Sebelum itu, Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh meminta Ahli Parlimen Jelutong itu supaya meminta maaf kepada semua kakitangan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) berikutan ketelanjurannya menggelar kakitangan pihak berkuasa tempatan itu kucing kurap.

Karpal berkata, semua kakitangan dan pegawai MPPP sama ada berpangkat rendah atau tinggi perlu dihormati.

Menurutnya, tindakan Jeff Ooi itu keterlaluan dan menghina penjawat awam.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Kovensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2013, hari ini.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info