Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

'Block' Instagram, tindakan Shila tak matang - Johan As'ari

Susulan pendedahan Johan As’ari yang dikatakan sudah bersedia untuk mendirikan rumah tangga dengan pelakon Lana Nodin, bermacam-macam spekulasi dan andaian yang timbul selepas itu.

Antaranya, tindakan penyanyi yang pernah dikaitkan mempunyai hubungan mesra dengan Johan sebelum ini, iaitu Shila Amzah yang memuat naik status serta gambar berkaitan isu tersebut membuat peminat terus berteka-teki mengenai kesahihan status mereka satu ketika dulu.

Mengulas lanjut mengenai tindakan Shila itu, Johan melahirkan kekecewaannya selain menyifatkan perbuatan penyanyi itu sebagai tidak matang.

“Bagi saya dalam hal sebegini Shila Amzah menunjukkan sikap yang tidak matang. Apa yang boleh saya katakan dia dah pun block akaun Instagram saya dan juga akaun media sosial yang lain. Saya pun tidak pasti kenapa dia bersikap demikian,” katanya yang dipetik menerusi portal Buahmulut.

Johan juga pernah mengeluarkan kenyataan di akhbar bahawa dia hanya menganggap Shila sebagai adiknya sahaja dan tidak lebih dari itu.

Pelakon berusia 27 tahun itu juga menjelaskan keluarganya tidak pernah membenci Lana berikutan timbulnya isu mengatakan keluarganya tidak bersetuju dengan pilihannya itu.

“Mereka bukan tidak bersetuju dan membenci Lana tapi keluarga saya suruh kami berkawan dulu dan kenal hati budi masing-masing sebab perkahwinan bukan satu perkara yang boleh dibawa main-main,” katanya lagi.

Ketika berlangsungnya majlis Anugerah Skrin 2013 semalam, pasangan ini hadir bersama dan Lana kelihatan sopan, tidak seperti sebelum ini dimana imej seksi sering kali tidak dapat dipisahkan daripadanya.

Mungkin ini merupakan langkah perlahan-lahan Lana untuk berubah menjadi lebih baik seperti mana yang dikatakannya sebelum ini.

Baguslah begitu, pelan-pelan kayuh ya Johan.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info