Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

106 Orang Jemaah Malaysia Tersadai Di Arab Saudi Angkara DItipu Ejen Umrah

Kuala Kubu Bharu: "Saya sedih mengenangkan nasib malang keluarga abang yang masih tersadai di Arab Saudi akibat ditipu sindiket ejen umrah," kata Zaidi Ahtan, 44, mengulas kejadian menimpa abangnya, Ahmad Ahtan, 53 di Madinah ketika ini.

Menurutnya, abangnya bersama 106 jemaah umrah Malaysia yang lain ditipu agensi umrah yang beroperasi di Puchong, Selangor, apabila gagal membawa pulang semua mereka ke Malaysia."Saya dihubungi abang melalui aplikasi WhatsApp mengenai masalah dialami sejak 3 Januari lalu.

"Mereka merayu Kerajaan Malaysia membantu menyelesaikan masalah dialami."Mereka bagaikan pelarian di negara orang apabila pasport dan visa masih dipegang ejen umrah terbabit," katanya ketika ditemui wartawan Harian Metro di rumahnya di Taman Bukit Bujang di sini, semalam.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info