Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Pelajar Perempuan Berusia 16 Tahun Jadi Mangsa Kerakusan Kekasih Kakak Di Atas Tangga


KAJANG – Gara-gara bertemu kekasih kakak kandungnya, seorang pelajar tingkatan empat berdepan detik hitam apabila dirogol lelaki berkenaan di tangga sebuah pangsapuri di Jalan Anggerik Perdana, dekat sini, November lalu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab berkata, mangsa baru mengenali teman lelaki kakaknya itu.Tanpa mengesyaki apa-apa, mangsa pergi berjumpa dengan suspek di tangga tingkat tujuh pangsapuri berkenaan.

“Mulanya mangsa hanya sekadar berborak-borak dengan suspek, bagaimanapun suspek bertindak di luar jangkaan apabila mmerogol mangsa.“Ketika insiden itu berlaku, mangsa menjerit untuk mendapatkan bantuan, namun gagal selepas jeritannya tidak didengari," katanya.

Beliau berkata, mangsa akhirnya membuat laporan polis sebelum suspek ditangkap, Jumaat lalu.Menurutnya, siasatan mendapati suspek juga pernah merogol kakak mangsa beberapa kali di tangga berkenaan dan terakhir melakukannya pada 24 Disember lalu.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula Sabtu lalu, bagi membantu siasatan.Dalam perkembangan lain, seorang pelajar tingkatan tiga turut menjadi mangsa rogol kenalannya yang dikenali melalui aplikasi sosial WeChat dalam kejadian di sebuah rumah di Batu 10, Cheras, dekat sini, Khamis lalu.

“Pelajar berusia 15 tahun yang baru mengenali lelaki berkenaan dalam tempoh seminggu terpedaya dengan ajakan untuk keluar minum.

“Suspek membawa mangsa pulang ke rumahnya sebelum merogolnya kira-kira jam 12.30 tengah malam. Bagaimanapun suspek yang bekerja di pasar malam ditahan Ahad lalu dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan,”
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info