Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Rozita Che Wan Bengang Terhadap Wanita Indonesia Ini

SIAPALAH tak bengang kan, anak yang dikandung selama sembilan bulan dan ditatang bagai minyak yang penuh tiba-tiba dituduh sebagai anak buangan.

Inilah yang berlaku kepada pelakon terkenal, Rozita Che Wan apabila ada pihak yang menyalahgunakan gambar bayi perempuannya, Aaisyah Dhia Rana dengan meletakkan status seolah-olah bayi itu telah dibuang ibu bapa.

Perkara ini tercetus apabila seorang wanita dari negara jiran, Indonesia memuat naik status tersebut di twitternya hingga mengundang simpati ramai pihak.Gambar Aaisyah Dhia Rana dikatakan bayi yang dibuang oleh ibu bapanya oleh pengguna Twitter Indonesia.

http://i1.wp.com/mynewshub.cc/wp-content/uploads/2015/01/aaisyah.jpg

Gambar Aaisyah Dhia Rana dikatakan bayi yang dibuang oleh ibu bapanya oleh pengguna Twitter Indonesia.Rozita atau lebih mesra digelar Che Ta memberitahu dia terkejut mendengar dakwaan yang tersebar itu dan menyifatkan perbuatan individu tersebut sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.

“Biadap sungguh individu itu sehingga sanggup buat kerja merapu.“Apalah salah anak saya sehingga wajahnya digunakan dengan status sedemikian? Mereka ini adalah orang yang tidak berhati perut,” ujarnya.Menurut Che Ta, perkara ini sekaligus membuatkan dia berasa sedih apabila anaknya yang baru berusia 2 bulan sudah menjadi mangsa media sosial.

Che Ta turut mengakui yang suaminya, Zain Saidin enggan anak mereka terlibat dalam dunia seni apabila besar nanti kerana tidak mahu timbul perkara menyedihkan seumpama ini..“Bukannya tidak elok jadi artis, Alhamdulillah hidup senang tetapi apabila diri terlalu terdedah, dunia artis boleh ke arah negatif tanpa sedar. Seperti yang telah berlaku pada kami sekarang ini,” ujarnya.Sabarlah ya, kat dunia ini memang ramai ‘mulut-mulut busuk’ suka menjaja cerita menipu lagi merapu. -MYNEWSHUB.CC
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info