Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Bapa Emma Maembong Tak Puas Hati Dengan Zizan Razak

Selepas Emma Maembong mengesahkan perpisahannya dengan Zizan Razak, bapa aktres itu, Ismail Embong pula meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kenyataan pelawak tersebut di sebuah akhbar.

Ismail berkata, dia tidak senang apabila Zizan memberi pendapat sekiranya dia menjadi menantu pelukis terkenal tersebut."Tidak perlu hormat permintaan orang tua ini kerana orang tua ini tidak meminta, tetapi hanya memberi kata dua atau syarat. Jika tidak ditunaikan sila pergi!

"Aku mahukan orang milik Allah sahaja dalam keluarga, bukannya milik masyarakat. Mengapa meletakkan diri kita lebih rendah dari itu? Dimiliki masyarakat, bukan Allah?," soalnya menerusi status di laman Facebook miliknya pada Isnin.Ismail berkata demikian selepas Zizan menerusi laporan sebuah akhbar memberi komen bahawa dia sedia mengikut kehendak bapa Emma yang mahukan majlis sederhana sekiranya dijodohkan dengan Emma nanti.

Menerusi mStarOnline terbitan 29 Disember lalu, Zizan berkata, sekiranya ditakdirkan dia berkahwin dengan Emma, dia bersedia mengadakan majlis secara sederhana namun dalam masa yang sama perlu berlaku adil terhadap peminat-peminatnya yang ingin menyaksikan hari bahagia itu.

Kelantangan Ismail itu bukan sahaja terhadap Zizan malah dia turut mengkritik majlis pernikahan anaknya iaitu Yaya Maembong dengan Wan Raja pada 12 Disember lalu kerana mengenepikan peranannya sebagai seorang bapa selain mengadakan perkahwinan secara membazir.

Sementara itu, Ismail turut berkata tidak perlukan pujukan daripada sesiapa mengenai kemelut yang berlaku."Memujuk? aku cuma meminta hukum Allah diutamakan. Jika ditentang keluarga, maka sudah dianggap derhaka.

"Tidak kisahlah anak-anakku yang masuk bidang lakonan dikritik dan digosip kerana mereka sedia maklum risiko yang datang bersama glamor. Tetapi usah sentuh diri aku secara peribadi," tegasnya.Bagaimanapun, Ismail tidak mengulas mengenai kenyataan Emma sudah berpisah dengan Zizan.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info