Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Tukang Kayu Dipukul Manakala Rakan Wanita Di Perk0sa 5 Lelaki Yang Mengaku Anggota Polis

seorang tukang kayu kerugian lebih RM20,000 apabila disamun lima lelaki mengaku sebagai anggota polis manakala rakan wanitanya dirogol dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Larkin, di Johor Baru, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Johor Baharu Selatan ACP Sulaiman Salleh berkata kejadian berlaku pada pukul 9.20 malam ketika tukang kayu berkenaan hendak keluar rumah dengan kelima-lima suspek yang bersenjatakan kayu terus menolaknya masuk ke dalam rumah selepas mendakwa sebagai anggota polis.

"Dua daripada suspek kemudian memukul tukang kayu berumur 42 tahun itu lalu mengarahkannya masuk ke sebuah bilik di rumah tersebut," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.Sulaiman berkata suspek kemudian mengarahkan rakan wanita tukang kayu berumur 38 tahun itu, yang merupakan rakyat China masuk ke sebuah bilik lain dan dipercayai dirogol secara bergilir-gilir.

Beliau berkata kesemua suspek bertindak menyelongkar rumah berkenaan dan membuka pakaian tukang kayu terbabit sebelum melarikan diri bersama lima telefon bimbit, wang tunai pelbagai mata wang berjumlah RM10,000 serta barang kemas bernilai RM4,000.

Katanya wanita rakyat China berkenaan memiliki pasport sah dan tidak bekerja manakala suaminya yang merupakan rakyat tempatan berada di Kuala Lumpur.Menurut Sulaiman, wanita itu dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan. – Bernama
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info