Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Kerana Terlalu Cantik 2 Gadis Melayu Dirompak Dan Diculik Serta Dikendurikan 4 Lelaki Dalam Hotel

Kuala Lumpur: Detik cemas dilalui dua wanita jelita apabila mereka tidak hanya dirompak, malah diculik sekumpulan empat penjenayah sebelum dijadikan tawanan seks lebih 48 jam.

Mangsa yang berusia 20-an itu bagaimanapun terselamat apabila sepasukan polis menyerbu sebuah hotel di Kepong, di sini yang dijadikan lokasi mengurung mangsa, awal pagi semalam.

Sumber polis berkata, kejadian dilaporkan berlaku apabila mangsa yang juga rakan sekerja dirompak sekumpulan penjenayah yang menyerbu masuk asrama didiami mangsa di Sungai Buloh sekitar jam 2 pagi, Sabtu lalu.

“Mangsa yang sedang tidur terkejut dengan kehadiran sekumpulan empat penjenayah. Suspek merampas wang tunai dan telefon bimbit mangsa.“Kumpulan penjenayah itu menculik dua daripada empat penghuni asrama berkenaan kerana dipercayai tertarik dengan kecantikan mangsa,” katanya.

Menurutnya, kumpulan penjenayah yang menggunakan sebuah kereta membawa mangsa ke hotel di ibu kota.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info