Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Isu Banjir Di Kelantan :Ramainya Orang Sakit Memerlukan Bantuan

harian metro - Saya berpeluang menyertai konvoi misi bantuan mangsa banjir ke Kuala Krai, Kelantan yang bertolak dari ibu negara pada jam 9 malam, 2 Januari lalu, yang mana kumpulan ini saya kategorikan sebagai ‘berani mati’ apabila meredah beberapa lokasi sukar dan berbukit di daerah itu.

Sebaik tiba di sana, kenderaan ambulans pacuan empat roda dinaiki menarik perhatian penduduk.Rata-rata penduduk dilihat terdesak mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan rawatan kesihatan berikutan serangan pelbagai penyakit sebaik banjir mula surut.

Sebaik konvoi saya yang disertai 12 kenderaan pacuan empat roda dan dua buah lori masuk ke kawasan pedalaman dan perkampungan di daerah itu, ambulans kami dikejar sekumpulan penduduk yang menjerit meminta tolong.

“Abang, abang, berhenti, ada ubat tak? Tolong kami, di sini ada ramai orang sakit,” itu jeritan sebahagian kanak-kanak dan remaja lelaki berlari mengejar kenderaan kami meminta ubat.Kami berhenti dan sebaik kaki melangkah masuk ke beberapa khemah yang dijadikan tempat mereka berteduh selepas kehilangan tempat tinggal, hati menjadi sayu.

Kanak-kanak, remaja, kaum wanita dan warga emas terbaring lesu dan difahamkan sudah berhari-hari terlantar sakit.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info