Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

AJL 28: Enam lagi lagu layak ke separuh akhir ketiga

SHAH ALAM: Enam buah lagu mempunyai peluang melayakkan diri ke Anugerah Juara Lagu 28 selepas mendapat markah tertinggi pada peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 28 yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, Jumaat.

Lagu-lagu terdiri daripada Kau Yang Terindah (Alyah), Hanya Aku (Hyper Act), Sahabat (Najwa Latiff, Sleeq & Shamkamarul), Tanda Tanya (Azlan & The Typewriter), Kalau Aku Kaya (Awi Rafael & Altimate) dan Aku Pelat (Salam Musik).

Pada pertandingan peringkat separuh akhir kedua Muzik Muzik 28 turut menyaksikan persembahan daripada Kita (Forteen), Adamu (Najwa Latiff), 5 Minit (Ramlah Ram ft Caprice), Dewi cinta (Adira) dan Penghibur Jalanan ( Amir Jahari).

Sementara itu, separuh akhir pertama yang berlangsung minggu lalu menyaksikan enam buah lagu terdiri daripada In Love With You, Penglipurlara, Jangan Pergi, Agenda Jahiliah, Takkan Terpisah dan Permata.

Bagaimanapun, 12 buah lagu yang dipilih ini belum menjamin tempat ke AJL28 kali ini.

Keputusan akhir 12 buah lagu yang layak akan diumumkan pada separuh akhir ketiga yang akan berlangsung pada 22 November depan.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info