KAHERAH – Alia al-Mahdi, seorang wanita yang tidak bermoral kerana sanggup berbogel semata-mata memperjuangkan kebebasan, sekali lagi mencetuskan kemarahan umat Islam.
Kali ini dia telah mempersendakan `azan’ di dalam media sosial.
Dia mengejek-ejek azan dan menggesa supaya laungan Allahu Akbar ditukar kepada `wanita maha agung’.
Penghinaan itu ditulisnya dalam facebook miliknya.
Dia juga telah menukar kalimah Syahadah mengikut sesuka hatinya.
Tindakan kurang ajar itu telah mendapat kutukan dan kecaman ramai, malah seorang ulama Sheikh Nasser Radwan mahu Alia dibicarakan kerana menghina agama Islam.
Beliau juga menggesa Universiti Al-Azhar dan Menteri Dalam Negeri supaya bertindak segera ke atas Alia agar dia tidak lagi berani mencetuskan kontroversi di negara berkenaan.
Dalam pada itu, salah seorang ahli majlis Al-Azhar yang juga seorang tokoh agama, Mahmoud Muhna menyifatkan Alia sebagai murtad.
Beliau mahu Alia dibicarakan di bawah undang-undang jenayah dan tidak dibiarkan berterusan menghina Islam.
Alia sebelum ini mencetus kontroversi selepas dia bergambar bogel di internet atas nama kebebasan dan menuntut hak untuk bersuara.