Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

#ASK2013: Azwan Ali lebih seksi dari Nabila Huda di red carpet?

Malam ini sekali lagi para selebriti tempatan kegemaran anda diberikan peluang untuk tampil dengan gaya dan fesyen terkini di karpet merah Anugerah Skrin 2013 (ASK 2013) yang sedang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam.

Acara karpet merah yang dikendalikan oleh Scha al-Yahya & Iqram Dinzly ini telah pun disiarkan melalui TV3 sekitar 7.30 malam tadi sebelum acara kemuncak berlangsung pada 9.00 malam.

Bertemakan fesyen glamor, karpet merah Anugerah Skrin 2013 menyaksikan nama nama seperti Remy Ishak, Azlee Khairi, Neelofa, Tasha Shilla, Nabila Huda, Nora Danish & Emma Maembong tampil anggun dengan gaya pilihan mereka sendiri.

Untuk kali ini, kami berminat untuk melihat penampilan Nabila Huda. Nyata penampilan ala ikan duyung tampak lebih sopan dari biasa. Tapi Azwan Ali berjaya tenggelamkan kegemilangan fesyen tersebut dengan gayanya tersendiri...heh!







 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info