Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Khalid Samad diperintah bayar RM320 ribu kepada Hasan Ali

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu memerintahkan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad membayar gantirugi dan kos berjumlah RM320,000 kepada Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr Hasan Ali (gambar).

Peguam Hasan, Hasnal Rezua Merican ketika dihubungi menjelaskan, jumlah tersebut diputuskan setelah pihaknya tidak menyatakan jumlah ganti rugi yang dituntut sebelum ini.

"Mahkamah perintahkan supaya YB Khalid Samad membayar RM200,000 untuk ganti rugi am, RM100,000 untuk ganti rugi teruk dan kos sebanyak RM20,000 kepada Datuk Hasan," katanya.

Sebelum ini pada 31 Oktober lalu, mahkamah yang sama memutuskan Hasan menang kes saman fitnahnya terhadap Khalid yang difailkan 12 April tahun lepas.

Hasan memfailkan saman fitnah itu selepas Khalid mengeluarkan kenyataan bahawa Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan Puncak Niaga Bhd sebagai penaja kepada Hasan dan juga Jati.

Khalid dalam pernyataan pembelaannya menyatakan, kenyataannya dalam sidang media itu adalah bagi menjawab 'serangan' Hasan yang menggelarnya sebagai pengkhianat dan pemimpin parasit.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info