Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook menyatakan 10 pengikut yang semuanya lelaki berusia antara 27 hingga 46 tahun itu dipercayai boleh membantu siasatan kes.
Individu yang diburu ialah Mansur Hussin, 39, dari Pasir Puteh, Kelantan; Shamsinar Abdul Halim, 36, dari Johor Bahru, Johor; Shaizral Eddie Nizam Shaari, 37, dari Bukit Beruang, Melaka; Jefferi Safar, 39, dari Kluang, Johor dan Wan Mohd Shakri Wan Isa@Wan Ismail, 27, dari Kota Bharu, Kelantan.
“Lima individu lain adalah Shamsul Amri Abu Hassan, 44, dari Kuantan, Pahang; Mohd Shahril Mohd Jaafar, 28, dari Sungai Petani, Kedah; Mohamed Faizal Abdullah, 46, dari Batu Pahat, Johor; Mohd Rozi Akasah, 38, dari Bukit Katil, Melaka dan Khairul Amir Akasah, 34, dari Port Dickson, Negeri Sembilan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu berkenaan diminta menghubungi pegawai polis Deputi Superintendan Zakaria di talian 019-3822020, Asisten Superintendan Zukri (013-9764999) atau Inspektor Mohd Hasni (016-4888025),” katanya dalam kenyataan itu.
Akhbar semalam melaporkan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kes berkenaan dianggap selesai selepas penahanan terbaru 10 pengikut ajaran sesat berkenaan serta rampasan sepucuk pistol dalam operasi sejak Selasa hingga kelmarin.
Dalam kejadian 10 November lalu, Allahyarham Ahmad Raffli ditembak dengan tiga das tembakan dari jarak dekat di depan rumahnya di Indera Mahkota 2, di sini.
Pada 20 November lalu, ketua ajaran sesat itu, Harun Mat Saat, 47, ditahan di Tangkak, Johor, bersama isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, dan pemandunya, Nor Hairi Harun, 41.
Tempoh tahanan reman ketiga-tiga individu berkenaan dilanjutkan sehingga 4 Disember ini bagi membolehkan soal siasat dilakukan terhadapnya.
wajah pengiku tuhan harun yang sesat