Pagi semalam peminat hiburan tanah air dikejutkan dengan berita sebuah akhbar mengenai pengakuan pelakon kesayangan ramai Johan As'ari dan pelakon seksi Lana Nordin, benar mereka sedang bercinta. Malah Johan mengakui telah melamar aktres yang popular jolokan Pamela Anderson Malaysia itu selepas tiga hari perkenalan.
Seiring dengan berita hangat tersebut, timbul cerita satu pihak yang lain iaitu penyanyi Shila Amzah dikatakan meluahkan kekecewaan di laman sosial Twitter dan Instagram. Maklumlah, sebelum ini timbul gosip mendakwa dia dan Johan punya hubungan istimewa. Meskipun kedua-duanya tidak pernah mengaku, namun kemesraan mereka jelas terpampang pada gambar-gambar yang dimuatkan di Instagram.
Di satu pihak lain pula, pelakon Sharnaaz Ahmad atau lebih tepat, bekas teman lelaki Shila tidak menyifatkan apa yang berlaku ke atas Shila sebagai satu hukum karma atau balasan. Sebaliknya hero drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu memilih untuk tidak mahu mengambil tahu lagi apa saja yang berkaitan dengan penyanyi yang popular dengan lagu Patah Seribu itu.
"Kalau nak kata karma..., saya pernah muat naik ayat di instagram saya dulu, "Karma takes too long, I'd rather just beat the crap out of you now.
"Jadi saya tak mahu komen apa-apa. Saya pun tak ambil tahu lagi apa-apa. Entahlah. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Jujur, saya tahu fasal berita tu pun dari pengurus saya pagi tadi (semalam).
"Dulu, saya pernah cakap pasal batu. Batu yang hitam kalau selalu dicuci lama-lama akan putih. Orang selalu cakap kebenaran tu lama-lama akan keluar juga. Tapi kita boleh ker terima ke kebenaran tu? Hari ni mungkin hari dia (Shila)", ujarnya dengan nada sinis ketika diminta mengulas mengenai isu tersebut.
Sharnaaz berkata demikian sewaktu ditemui pada sidang media drama bersiri terbaru Astro, Bukan Kerana Aku Tak Cinta, di sebuah hotel di ibu negara, petang semalam.
Bagaimanapun Sharnaaz berharap agar Shila dapat menerima berita tersebut dengan tenang.
"Jodoh tu Tuhan yang tentukan. Tapi Kalau kita tak cari, Tuhan takkan hantar dari langit. Jadi kita pun kena lah cari. Mungkin ini usaha dia kot. Tapi nampaknya tak menjadi. Jadi dia cari lah orang lain", kata Sharnaaz lagi.
Dalam pada itu Sharnaaz turut memberitahu hubungannya dan Johan tidak mempunyai sebarang masalah.
"Saya dengan Johan okay. Saya tak berdendam dengan sesiapa. Saya ada twit dia memberi kata-kata sokongan filem lakonannya, Balada Pencinta hendak ditayangkan beberapa bulan lalu", katanya.
- mD