Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Penceraian pasangan muda dari Kedah sudah dirancang?

Kecoh semalam berkenaan penceraian pasangan muda yang sebelum ini mencetuskan kontroversi di Malaysia apabila menikah di usia remaja.

Pasangan Cilik Kahwin Cerai Talak Satu Bukan Talak Tiga |

PADANG SERAI – Dua remaja yang pernah menggemparkan negara kerana berkahwin muda mengumumkan mereka telah pun bercerai dengan talak satu kerana tiada persefahaman lagi antara mereka.

Mohd. Fahmi Alias, 19, dari Kampung Naga Lilit di sini mengakui usia rumah tangganya tidak sampai setahun apabila mengesahkan dia telah melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Nor Fazira Saad, 13.
Lelaki yang bekerja kebun bersama bapanya itu berusia 18 tahun ketika dia berkahwin dengan Fazira yang ketika itu berusia 12 tahun.

“Jodoh kami tidak panjang, tidak sampai setahun. Saya ambil dia cara elok jadi saya lepas cara elok," katanya kepada Kosmo! di sini semalam.

Menurutnya, kes rumah tangganya menjadi runcing kerana ada pihak lain cuba memporak-perandakan rumah tangganya mereka setelah isterinya mula bekerja di pekan Padang Serai.

“Dulu saya pernah berjanji untuk bertanggungjawab malah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik tetapi keadaan menjadi sebaliknya,” katanya.

Pasangan itu dinikahkan oleh Imam Masjid Kampung Padang Cina di sini, Mohd. Nazar Husain pada 17 November tahun lepas.

-Kosmo!

Sebelum ini, kami pernah mendedahkan mengenai 'cerita sebenar' disebalik pernikahan mereka berdua ketika kisah ini sedang hangat. Maklumat tersebut kami perolehi sendiri dari 'cakap-cakap' orang kampung sekitar tempat pasangan ini bernikah.

Kisah tersebut tidak dapat dipastikan kesahihannya kerana tiada laporan polis yang rasmi dilakukan namun semuanya selesai setelah mereka 'dipaksa' bernikah.

Anda boleh rujuk laporan Diperkosa punca pasangan muda dari Kedah kahwin Awal?

Jadi, tidak hairanlah (andainya, 'cakap-cakap' itu benar) mengapa perpisahan sehingga penceraian berlaku tambahan pula dengan usia yang begitu muda, nafsu bergelora, memang akan terjadi perkara yang tidak terfikir oleh golongan dewasa.

Wallahualam...
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info