“Biasalah tu. Ada orang mempersoalkan. Suka atau tidak, itu hak masing-masing.
"Namun yang sebenarnya, ramai orang ucap tahniah pada saya,” begitulah luahan Wardina atau nama sebenarnya Safiyyah Fadlullah Wilmot, 34, berhubung kontroversi pelantikannya sebagai ahli Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN), Selasa lalu.
Merupakan salah seorang daripada 29 individu yang dilantik kerajaan sebagai ahli majlis bagi mengukuhkan agenda perpaduan nasional, bekas pengacara Wanita Hari Ini, berkata, pelantikannya itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian memandangkan ia telah dinilai dan diputuskan oleh pihak yang lebih arif.
"Sebelum ini, hidup saya bahagia tanpa apa-apa jawatan dan penganugerahan. Saya selesa dengan apa yang seadanya.
"Mungkin ramai yang melihat ada yang lebih layak daripada saya, tetapi saya sebenarnya juga ada kelebihan tersendiri yang dikurniakan oleh ALLAH SWT.
"Saya memang minat dengan majlis-majlis ilmu dan banyak melakukan kerja amal tanpa pengetahuan orang lain.
"Mungkin dari situ mereka melihat keupayaan saya.
“Menyertai MKPN merupakan pengalaman berharga buat saya setelah dilantik sebagai fellow dakwah oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia dan Insya-ALLAH saya akan cuba lakukan yang terbaik selepas ini," kata Wardina.
Sebelum ini blogger pembangkang telah menggelar Wardina sebagai anjing UMNO kerana menerima perlantikan tersebut. Anda boleh bacanya di SINI