Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Dipaksa lakukan seks dengan madu, wanita tuntut cerai

Seorang wanita asia, isteri kedua kepada seorang lelaki telah berjaya memfailkan penceraian setelah tidak tahan dengan sikap aneh suaminya yang mahu melihat aksi seks bersama madu yang juga isteri pertama beliau.

Wanita tersebut yang sudah mempunyai seorang anak berkata, beliau bersetuju menjadi isteri kedua kepada lelaki berkenaan dan berpindah ke rumahnya kerana menyangkakan ianya adalah untuk sementara waktu.

Wanita berkenaan telah menuntut penceraian tersebut di Mahkamah Shariah Dubai dengan mendakwa beliau tidak mampu menunaikan nafsu seks yang pelik oleh suaminya.

Beliau juga mendakwa, bekas suaminya itu menggunakan pelbagai helah untuk memaksa beliau lakukan hubungan seks dengan isteri pertamanya.

Mahkamah turut diberitahu, suaminya yang juga seorang hartawan, telah pun berjanji untuk berpindah setelah rumah baru mereka siap.

"Pada bulan pertama perkahwinan mereka, wanita berkenaan masih mendiamkan diri dan berharap mereka akan berpindah tidak lama lagi. Seminggu kemudian, suaminya meminta beliau tidur sekatil dengannya bersama isteri pertamanya.

"Wanita berkenaan memberitahu beliau menerima layanan zahir, duit yang adil tetapi apabila tiba nafkah batin...permintaan suaminya amat melampau.

"Wanita tersebut melaporkan beliau terpaksa melakukan aksi jijik tersebut dengan harapan keinginan pelik suaminya itu akan hilang, tetapi sayang, keinginan tersebut menjadi ketagihan pula kepada suaminya.

"Wanita berkenaan akhirnya mengandung tetapi rumah yang dijanjikan masih belum siap!"

"Walaupun sudah melahirkan anak, si suami masih memaksa isterinya lakukan seks bersama isteri pertamanya. Walaupun isteri pertamnya bersetuju, wanita berkenaan sudah tidak tahan, dan terus lakukan satu laporan perundangan," kata satu sumber kepad Gulf News.

Mahkamah Shariah membenarkan penceraian tersebut dilakukan dan memerintahkan bekas suami membayar denda serta elaun rumah dan kos kehidupan bekas isteri dan anaknya itu.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info