KAMPAR: Dakwaan kononnya dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak mengadakan pertemuan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini untuk melompat parti tidak perlu dilayan, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata dakwaan di laman twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai.
"Biasalah untuk anda baca ura-ura macam-macam. Ada juga yang menyatakan saya berjumpa beberapa wakil mereka untuk bawa masuk ke sini (Barisan Nasional). Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak, Sabtu.
Beliau diminta mengulas kenyataan di laman Twitter @rumahghuntoh pada 7 November lepas yang berbunyi "Pertemuan sulit dua YB BN Perak untuk melompat parti dengan@anwaribrahim di Permatang Pauh berlaku kelmarin."
Zambry berkata beliau tidak akan melayan dakwaan itu sebaliknya akan terusmemberi tumpuan kepada pembangunan negeri untuk kesejahteraan rakyat. - BERNAMA
Beliau berkata dakwaan di laman twitter itu adalah mainan politik yang tidak boleh dipercayai.
"Biasalah untuk anda baca ura-ura macam-macam. Ada juga yang menyatakan saya berjumpa beberapa wakil mereka untuk bawa masuk ke sini (Barisan Nasional). Jadi, tak boleh nak pakai benda-benda ini semua," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Profesionalisme 1BestariNet Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Negeri Perak, Sabtu.
Beliau diminta mengulas kenyataan di laman Twitter @rumahghuntoh pada 7 November lepas yang berbunyi "Pertemuan sulit dua YB BN Perak untuk melompat parti dengan@anwaribrahim di Permatang Pauh berlaku kelmarin."
Prtmuan sulit 2 YB BN Perak utk melmpat prti dgn @anwaribrahim di Pmtg Pauh brlaku kelmarin @ZorroPerak @yopipoh @abby_abadi112 @ngehkooham
— Rumah Ghuntoh (@rumahghuntoh) November 8, 2013
2 YB BN Pk yg nk mlmpt ke PR msing2 mdpt offer RM$$ dr PR & BN.mampuih rkyt mcm ni!! @TokGuru86 @promelayu @jamawijaafar @YopIpoh @mbnizar
— Rumah Ghuntoh (@rumahghuntoh) November 9, 2013