Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Malam ngaji Quran, siang zina

Kuala Lumpur: Siapa sangka, gadis bertudung litup, tidak pernah tinggal solat dan saban malam membca al-Quran akhirnya hamil anak luar nikah hasil hubungan sulit dengan pemuda sekampungnya.

"Malam saya rajin beribadat dan membaca al-Quran, tak siapa tahu pada waktu siangnya saya ke rumah kekasih memadu asmara.

"Akhirnya saya tewas dengan hasutan syaitan," kata Yati, 18, (bukan nama sebenar) sambil menangis.

Yati yang berasal dari utara berkata, dia sendiri tidak menyangka boleh terdorong melakukan maksiat hingga menyebabkan hamil lima bulan.

Sebagai seorang gadis yang dididik dengan ilmu keagamaan, Yati mengaku tidak sepatutnya melakukan perbuatan keji itu, tapi sedar lagi kuat pegangan agama lagi kuat hasutan syaitan.

"Saya tidak pernah tinggalkan sola dan malamnya pula saya rajin baca Quran," cerita yati yang menyesali keterlanjuran bersama pemuda sekampung.

Kata Yati, jika dilihat dari segi peribadinya, tidak ada siapa sangka dia sanggup lakukan perkara keji itu, malangnya imannya sentiasa diuji oleh godaan syaitan.

Yati mengaku beberapa kali terlanjur dengan teman lelakinya, Mohd Azam, seorang peniaga kecil berusia24 tahun yang dikenalinya setahun lalu.

"Segala-galanya disebabkan saya amat dahagakan kasih sayang.

"Apabila ibu meninggal dunia, ayah kahwin lain dan saya terpaksa tinggal dengan nenek.

"Saya dahagakan kasih sayang. Tiada siapa ambil berat diri saya, sehinggalah saya bertemu dengan Abang Azam di pasar buah," cerita Yati mengenai perkenalannya dengan Azam.

Klik keratan berita dibawah untuk bacaan lanjut

 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info