Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Takut nak berdebat, Tantawi bagi pelbagai alasan!

KUALA LUMPUR - Kriteria untuk menjadi seorang pemimpin dan menerajui Pas tidak terhad kepada keupayaan seseorang berdebat atau petah berdialog di hadapan khalayak umum semata-mata sebalik calon itu perlulah mempunyai pakej lengkap dan menguasai pelbagai kemahiran.

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan menegaskan mana-mana calon yang bertanding akan dinilai berdasarkan aspek pemikiran yang berasaskan perjuangan Islam termasuklah penglibatannnya dalam aktiviti parti dan memiliki keperibadian akhlak Islam.

"Ia mesti merangkumi pelbagai aspek, bukan petah beri pandangan hebat sahaja, ia baru lengkap satu aspek, bukan bijak berkata-kata tetapi mampu bertugas secara berjemah dan berparti," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi pada Isnin lalu yang mengalu-alukan penganjuran debat secara bersemuka di antara calon-calon yang bertanding bagi menggalakkan kempen secara sihat.

Menurut Asmuni, melalui debat bersemuka, kedua-dua belah pihak dapat menjelaskan pandangan, pendirian dan visi mereka dalam usaha untuk memenangi hati perwakilan.

Mengulas lanjut, beliau bagaimanapun tidak menganggap pemilihan sebagai pentas perebutan kuasa, sebaliknya menyifatkan ia adalah tanggungjawab terhadap parti.

"Ingatlah dalam Pas ini semua orang berlumba-lumba untuk membuat kebaikan, semua orang ada kemahirann kekuatan mereka menawarkan satu perkhidmatan kepada parti," katanya.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info