Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

DAP Kedah tolak pertemuan dengan Zairil Khir Johari

Alor Setar: Semua 13 Cawangan DAP di Kedah menolak cadangan supaya diadakan perjumpaan antara mereka bersama Pengerusi Jawatankuasa Interima DAP Kedah, Zairil Khir Johari, bagi menyelesaikan masalah dalaman yang berlaku dalam parti itu di negeri ini.

Perkara itu diumumkan Bendahari DAP Kedah, Law Theng Hooi, yang juga Ketua DAP Cawangan Taman Kristal, susulan cadangan dikemukakan Zairil, dengan disokong semua Ketua Cawangan DAP yang lain di Kedah.

Bercakap ketika sidang media di sini sebentar tadi, Theng Hooi antara lain turut menuntut Jawatankuasa Interim DAP Kedah yang ditubuhkan parti baru-baru ini dibubar.

Turut hadir, Pengerusi DAP yang diketepikan parti, Lee Guan Aik.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info