Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

PAS diminta bertegas dedah pembohongan Karpal di Muktamar

KUALA LUMPUR: Umno Barisan Nasional (BN) meminta Pemuda PAS Pusat supaya konsisten untuk mengheret isu Pengerusi DAP, Karpal Singh berbohong ke Muktamar PAS yang dijadual bermula 22 hingga 24 November ini.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah yakin azam Pemuda PAS Pusat itu tidak hanya terhenti di situ saja meskipun terdapat pimpinan parti itu yang dilihat tidak berminat dengan isu pembohongan pemimpin verteran DAP itu.

Katanya lagi, isu ini penting ekoran Karpal didakwa berbohong apabila menafikan yang beliau mengeluarkan kenyataan meminta pendaftaran PAS dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada sidang medianya di Pulau Pinang 5 November lalu.

Bagaimanapun penafian Karpal itu dibuktikan sebagai berbohong oleh Dr Raja Ahmad Iskandar apabila Naib Pemuda PAS Pusat itu mendedahkan beliau mempunyai bukti yang menunjukkan ada gesaan agar pendaftaran PAS dibatalkan.

"Saya harap PAS terus menjaga kredebilitinya sebab sebenarnya memang patut PAs bawa isu ini (Karpal berbohong) ke Muktamar Dewan Pemuda PAS untuk membincangkan isu yang memang disebut oleh Karpal kepada rakyat, semua orang tahu dan memang beliau cakap perkara itu.

"Jadi saya berharap tindakan Pemuda PAS untuk dibawanya ke Muktamar PAS itu adalah tindakan wajar dan saya dapati walaupun PAS dan DAP dalam satu pentadbiran kerajaan yang sama tetapi mereka banyak tidak sehaluan sama," katanya kepada Antarapos ketika ditemui tadi di lobi Parlimen.

Malah katanya dengan bukti terbaru itu sekaligus akan menunjukkan wajah sebenar Karpal dan meminta PAS berhati-hati dengan pemimpin veteran DAP itu.

"Inilah sikap dan watak yang ditunjukkan oleh Karpal sejak dulu lagi, dan kalau apa saja yang disebutnya akan menjejaskan parti dan dirinya sendiri, beliau akan menyebut pelbagai alasan bahawa beliau tidak menyebut perkara berkenaan.

"Tetapi hari ini teknologi sudah berubah, tekonologi maklumat kita cukup hebat apabila sekarang ini orang boleh rekod percakapan yang dibuat, sebab itu saya lihat penafian yang dibuat oleh Karpal Singh itu adalah bertujuan untuk menidakkan apa yang disebutnya.

"Jadi saya melihat ini ketara sangat apabila berlaku bertentangan pendapat di antara DAP dan PAS, dan saya lihat inilah masalah yang membelenggu kepada PAS sekarang," katanya lagi.

Raja Ahmad sebelum ini memberi tempoh lima hari kepada Karpal untuk meminta maaf kepada PAS bermula semalam.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info