Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Hudud: Dewan Rakyat sedia bahas

SHAH ALAM – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim menegaskan akan menerima usul perbahasan mengenai hudud di Kelantan jika ada ahli parlimen membawanya ke Dewan Rakyat.

Bagaimanapun menurutnya, perkara tersebut terserah kepada pihak Pas sekiranya mereka mahu membahaskannya.

“Kita sedia mendengar usul tersebut, tetapi keputusan tertakluk kepada sokongan semua ahli dewan.

“Kerana jika di bawa ke Parlimen, suara mereka (Pas) hanya minoriti, kita tidak tahu sokongan daripada rakan PR yang lain,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sementara itu, Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan cadangan membawa usul meminda undang-undang bagi memberi laluan Kelantan melaksanakan hudud di Dewan Rakyat sebagai tidak relevan.

Beliau bagaimanapun tetap menyokong sepenuhnya perlaksanaan hudud di negeri itu.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info