Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

SPPBS: Ada pihak ugut guru

Borang aduan rasmo
Kemelut di antara guru dengan Kementerian Pendidikan berhubung Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) dilihat semakin rumit apabila ada dakwaan terdapat sebilangan guru diugut oleh pihak-pihak tertentu.

Perkara itu terjadi apabila guru-guru berkenaan lantang menyuarakan ketidakpuasan hati terhadap sistem tersebut di samping menyatakan sokongan terbuka terhadap page “Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan” di laman sosial Facebook

Menurut admin page berkenaan, guru-guru yang menerima ugutan sama ada daripada pegawai-pegawai kementerian atau sebagainya boleh membuat aduan rasmi dengan menyatakan nama penuh dan jawatan pegawai berkenaan, tarikh, jenis ugutan dan laporan ringkas mengenai perkara tersebut kepada admin.

Identiti pelapor akan dirahsiakan oleh admin page berkenaan serta KGM.

“Adalah penting untuk guru-guru menzahirkan kekuatan kita. Saya percaya ada pihak yang takut apabila guru bersatu kerana guru adalah golongan paling hampir dengan masyarakat,” katanya.

Page Kami Mahu SPPBS Dimansuhkan diwujudkan sejak akhir bulan lalu adalah satu inisiatif yang digerakkan oleh para guru menerusi satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Kesatuan Guru-Guru Malaysia (KGM) sebagai penaja.

Ini bagi menyuarakan keluhan guru-guru di samping mengumpulkan sokongan daripada semua pihak supaya sistem SPPBS dan PBS yang dilaksanakan sejak tiga tahun lalu dimansuhkan kerana tdilihat gagal menambah baik sistem pendidikan negara selain menambah beban tidak perlu kepada para guru.

Page tersebut mensasarkan 200,000 like serta 50,000 ahli berdaftar dengan KGM menjelang Disember bagi membolehkan keluhan para guru boleh dibawa ke perhatian Menteri Pendidikan yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Selain itu, pihak terbabit dengan SPPBS dan PBS seperti guru, ibubapa dan masyarakat diminta untuk mengisi borang aduan mengenai kelemahan sistem tersebut untuk dimasukkan ke dalam memorandum yang bakal diserahkan kepada menteri nanti.

Dikatakan hampir 80 peratus daripada 400,000 guru terlibat dengan SPPBS dan PBS.

Bermotokan 1 like = 1 usaha = 1 suara page tersebut tersebut telah menerima hampir 40,000 like walaupun belum sampai sebulan dibuka secara rasmi.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info