Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Isma: Kami cukup bukti keterlibatan Marina Mahathir

SHAH ALAM - Ikatan Muslimin Malaysia, (Isma) hari ini, menegaskan bahawa pihaknya mempunyai bukti yang cukup untuk memperlihatkan sokongan Marina Mahathir terhadap gerakan Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango).

Menurut Timbalan Presiden Isma, Aminuddin Yahaya, selaku Ahli Lembaga Pengarah Sisters in Islam (SIS), Marina Mahathir semestinya bertanggungjawab dan terlibat secara langsung atau tidak secara langsung terhadap tindakan pihak Comango tersebut.

“ Adalah mustahil seorang Ahli Lembaga Pengarah tidak mengetahui dan bersama dalam aktiviti pertubuhan yang beliau bersama-sama ketuai.

“…ugutan Marina untuk menyaman Isma juga memperlihatkan sifat hipokrasi beliau yang selama ini melaungkan hak kebebasan bersuara. Namun apabila isu ini terkena diri beliau sendiri beliau mengugut untuk menyaman.

“Isma ingin menegaskan bahawa kami mempunyai bukti yang cukup untuk memperlihatkan sokongan Marina terhadap gerakan Comango ini,” katanya memetik kenyataan media Isma hari ini.

Sehubungan itu, Isma mempertahankan kenyataannya di dalam risalah yang menyatakan keterlibatan, SIS, dalam tindakan Comango yang menghantar laporan kepada United Nation Human Rights Council (UNHRC) yang menuntut perkara tersebut.

“Kebebasan beragama termasuk bebas untuk murtad,menghalalkan seks songsang termasuk pengiktirafan golongan LGBT,penghapusan hak keistimewaan orang Melayu menghapuskan undang-undang syariah, dan menuntut kebebasan penyebaran fahaman Syiah.

“ oleh itu..Isma berpandangan perkara-perkara ini adalah amat serius kerana ia boleh menggugat kedaulatan negara dan kemuliaan agama Islam di negara ini,” tegasnya.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info