Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Khalwat: Pelakon tak mengaku, pasangan mengaku salah

PETALING JAYA 12 Nov. - Pelakon Shah Jaszle mengaku tidak bersalah di Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini atas tuduhan khalwat dengan bekas pekerja bank di rumah wanita itu di Taman Sri Subang, Mei lalu.

Sebaliknya, wanita tersebut, Farah Nurizzati Salleh, 21, mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan Shah atau nama penuhnya Shahrizal Jaszle Jasmin, 25.

Hakim Syarie Abd. Halim Abu Samah seterusnya menjatuhkan hukuman maksimum denda RM3,000 terhadap wanita itu. - UTUSAN ONLINE
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info