Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Sandiwara PAS-DAP macam sinetron

"Polemik PAS dan DAP ini adalah umpama sinetron yang ditayangkan ikut musim, jadi apa yang berlaku ketika ini bukan semata-mata kerana menjelan Muktamar Tahunan PAS dan pemilihan parti minggu ini," tegas penganalisis politik, Prof Madya Dr Ismail Sualman.

Beliau merujuk tindakan pemimpin kedua-dua parti pembangkang itu yang sekarang bertikam lidah selepas Pengerusi DAP Karpal Singh didakwa berbohong berkaitan kenyataannya supaya pendaftaran parti politik dan organisasi berasaskan agaa serta kaum termasuk PAS dibatalkan kerana membahayakan negera.

Menurut Pengarah Institut Pengajian Kewartawanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu, tindakan parti yang didominasi kaum Cina itu menghentam sekutunya dalam pakatan pembangkang bukan perkara baru sebaliknya berlarutan sejak dulu lagi.

Katanya, DAP sebagai parti cauvinis tidak sama sekali akan reda Islam memerintah negara ini.

“Sejak 1980-an lagi DAP tidak akan kompromi untuk mewujudkan negara Islam, malah Karpal pernah mencabar sekutunya supaya melangkah mayatnya dulu sekiranya mahu dilaksanakan hukum Islam dan pendirian itu kekal hingga sekarang.

“Sudah jelas apa yang DAP mahukan dan polemik ini akan berterusan walaupun selesai pemilihan PAS seperti sebelum ini,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Akibat keceluparan Karpal yang tidak menghormati sekutunya dalam pakatan pembangkang, Dewan Pemuda PAS dengan tegas merasakan parti itu tidak perlu lagi bersama kerana DAP berani menggugat prinsip dan kesucian agama Islam yang dipertahankan selama ini.

Sementara Dewan Muslimat pula mendesak Karpal meminta maaf kerana berpendapat sikap demikian tidak sesuai ditonjolkan oleh pimpinan tertinggi pembangkang yang sepatutnya sudah jauh lebih matang dalam memahami hasrat keseluruhan rakyat.

Sebelum itu, Naib Ketua Dewan Pemuda Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob mendedahkan bukti rakaman penuh sidang akhbar selama 24 minit 47 saat dibuat Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Pulau Pinang 5 November lalu selepas Karpal menafikan mengeluarkan kenyataan terbabit.
 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info