Harian Metro Online

Harian Metro Online | Sinar Harian | Berita Harian Online | Berita Semasa | beautifulnara |

Tarik balik PR penconteng dinding, Shahrir Samad meroyan apa?

Akhbar The Star memulakan kempen secara tersirat menentang tindakan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memadam lukisan graffiti Ernest Zacharevic yang memaparkan Johor Bharu sebuah bandaraya yang penuh kejadian jenayah. 

Lukisan tersebut dilakukan di dinding sebuah bangunan tanpa sebarang kelulusan dan kebenaran
Zacharecvic merupakan pelukis mural (dinding) telah melukis di dinding sebuah premis menggambarkan seorang penjenayah sedang menunggu untuk merompak seorang wanita.

 Zacharecvic melukis grafiti tersebut tanpa sebarang kebenaran pihak berkuasa.
Zacharevic is from Lithuania but is a permanent resident of Malaysia, and is well-known in the region for his street art.

Jika kita mahu memasang papan tanda kita perlukan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan. Jika kita mahu meletak iklan di tempat awam kita perlukan kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan. Namun pelukis asing ini tanpa sebarang kebenaran telah melakukan graffiti di bandaraya Johor Bharu bagi tujuan menghina pihak berkuasa dianggap hero.

Selepas menconteng dinding tersebut di Johor Bharu beliau dengan pantas memuat naik ke atas Facebook dengan tujuan untuk menghina polis dan pihak berkuasa tempatan.
grafiti2
Sebaik graffiti haram beliau tersebar, ada rakyat Malaysia mengambil keputusan mengubah kenyataan beliau di dinding tersebut dengan melukis gambar anggota Polis cuba menangkap perompak yang beliau lukis.
grafiti
Anehnya, seorang penconteng dinding secara haram mengganggap pelukis tambahan tersebut sebagai melakukan vandalisme.

[Now that's a true vandalism! Malaysia never fails to amuse me (this is not a critique to whoever painted the policemen, I am truly amazed by the whole situation)].

Sungguhpun beliau tidak mengkritik pelukis tersebut tetapi beliau menganggap lukisan tambahan tersebut sebagai satu bentuk vandalisme.

Inilah perangai warga asing yang diberi kedudukan sebagai Permanent Resident (PR) atau Penduduk Tetap. Beliau bebas melanggar undang-undang tetapi jika orang lain menggugat hak beliau tidak boleh.

Beliau juga secara terbuka berjanji untuk melanggar undag-undang lagi,
“Don’t get upset by the painting being removed. Johor Bahru has proved to be a strong and opinionated state, please continue to make Malaysia as awesome as it is. I will see you again.”
Wajarkah orang seperti ini terus diberi hak Penduduk Tetap?

Ahli Parlimen Malaysia Sokong Langgar Undang-undang?

Kita boleh faham jika akhbar milik kaum Cina seperti The Star menyokong Zacharevic menentang MBJB kerana itulah perangai sebahagian besar kaum Cina di Malaysia hari ini. Mereka anti kerajaan dan anti pihak berkuasa tempatan yang tidak mereka kuasai.

Yang anehnya apabila Ahli Parlimen Johor Bharu yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan di Parlimen (BNBBC), Tan Sri Shahrir Samad, mengkritik tindakan MBJB mengecat semula kawasan yang diconteng itu.

GRAFFITI3
Apakah Shahrir ingin menyatakan kepada orang ramai bahawa rakyat boleh melanggar undang-undang jika kita tidak berpuas hati dengan kerajaan? Apakah Shahrir menyatakan kita berhak menconteng dinding mana-mana bangunan sesuka hati kita untuk meluahkan perasaan tidak puas hati kita kepada pihak berkuasa dan kerajaan?

Apakah perasaan penguatkuasa MBBJ yang menjalankan tugas mengikut peraturan apabila mereka dikritik oleh Ahli Parlimen sendiri yang mahu mengambil hati kaum Cina?

 
Copyright © 2014 Harian Metro Online - All Rights Reserved
Template By Catatan Info